Premium WordPress Themes

07 April 2011

Harga minyak naik lagi

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera Sekalian. Apa kisah anda kalian sementara ini, dari kisah kali ini ialah kisah kenaikan harga minyak yang tak henti-henti tanpa ambil kisah dengan kisah hidup kita. Pendek kata ada aku kisah engkau.Harga minyak sentiasa naik, membuatkan kita kena sentiasa ambil kisah. Cuma golongan yang tidak ambil kisah sangat ialah mereka yang sewenang-wenangnya menaikan harga minyak ini dan pihak yang seenaknya menaikan harga barangan dan perkhidmatan tanpa berhati perut. Kenapa ?..sebab bukan setakat poket dan dompet mereka yang sarat dengan wang, tetapi sampaikan bank-bank tempatan tidak larat untuk menyimpan dan menjaga khazanah kekayaan mereka yang melimpah-limpah ini. Jadi kenaikan harga minyak ini tidak dapat memberi impak kesedaran betapa peritnya rakyat jelata yang berpendapatan rendah. Kalau dulu pergi kerja menaiki Saga tetapi kini sekadar menaiki bas yang tak saga sebenarnya.

Suatu masa dulu wang RM10 dapat membeli ikan sekilo, tetapi kini wang RM10 sekadar berupaya membawa pulang anak-anak ikan sahaja. Yang lebih mendukacitakan lagi bila bajet pendidikan anak-anak terpaksa dikurangkan atau ada di antaranya lingkup sama sekali. Ibu bapa yang punya pendapatan rendah dan sederhana tidak punya pilihan selain mengecilkan bajet isi rumah. Bayangkan saja selain mencukupkan bajet dapur, bajet pendidikan anak-anak juga terpaksa dikurangkan atau terpaksa rela menghentikan tusyen, kelas mengaji, kelas muzik, kelas tarian dan sebagainya. Agak perit sebenarnya kesan kenaikan harga minyak ini bila tidak sejajar dengan sumber pendapatan.

Ringkasnya dalam masa amat singkat harga minyak selalu naik tetapi sayangnya gaji tak selalu naik seperti kenaikan harga minyak. Perlu diingat bahawa harga minyak amat berkaitan dengan perubahan harga barang dan perkhidmatan di pasaran. Apabila sahaja pihak berwajib mengumumkan kenaikan harga minyak hari ini, maka tunggulah tidakbalasnya sahaja jikalau tidak hari esok mungkin lusa pasti harga barangan dan perkhidmatan turut akan naik. Justeru kita semua tidak punya pilihan yang banyak sebenarnya meskipun ada barang penganti dan pengenap tetapi tetap tidak berbaloi. Sebenarnya banyak lagi kesan dari kenaikan bahan bakar ini dan akan dikupas lagi pada entri akan datang..wasalam


This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60198094775
You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.
This message can be viewed as it was originally intended
To view this message as it was originally intened click on the button below...

Tiada ulasan: