Premium WordPress Themes

07 Julai 2011

Kini Kerajaan Malaysia Pula Nak Memantau Peranti BlackBerry


Terkini pihak kerajaan Malaysia nak memantau pula penggunaan peranti BlackBerry di Malaysia. Sebelum ini hanya sekadar berdiam diri sahaja apabila beberapa negara mengambil tindakan mengharamkan penggunaan peranti tersebut.

Antara negara yang mengharamkan penggunaan BlackBerry khususnya bila berurusan berkaitan dengan hal-hal kerajaan ialah seperti Arab Saudi dan Perancis. Manakala Indonesia pula yang merupakan pengguna BlackBerry tertinggi di dunia sekadar menyekat pornografi sahaja.

Kini kerajaan Malaysia pula hendak memantau penggunaan peranti tersebut dengan alasan untuk keselamatan pihak kerajaan. Hal ini kerana segala penghantaran emel dan mesej akan direkodkan di Kanada, USA dan Singapura. Justeru staf kerajaan dinasihatkan agar berhati-hati bila menggunakan BlackBerry untuk urusan rasmi.

Tetapi bagaimana pula dengan penggunaan Facebook dan Twitter bukan sahaja di kalangan individu malahan sampai kepada jabatan-jabatan, agensi dan kementerian sendiri turut menggunakan perkhdimatan tersebut untuk berurusan. Sedangkan medium tersebut lagi terbuka dan tersebar luas ke serata dunia. Dan kita tahu sendiri siapa Mark Zukerberg itu sendiri.

Dan jika kita perhatikan siapa pengguna hebat-hebat peranti BlackBerry di negara ini. Dari pemantauan saya pula, ramai di kalangan Menteri, Timbalan Menteri, Usahawan, Tokoh-tokoh, Seleberiti dan sebagainya lebih meminati peranti BlackBerry berbanding yang lain. Kenapa dan apa sebabnya. Bukan nak menentang tapi sekadar nak kepastian mendalam tentang perihal yang hendak dilaksanakan tersebut.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: