Premium WordPress Themes

06 Julai 2011

IPad 2 Terlaris Di Pasaran

Sejak dunia digemparkan dengan kehadiran teknologi terbaru kini iaitu peranti Tablet, pihak Apple sememangnya telah mencipta nama dengan kelainan produk-produknya. Antaranya ialah iPHone dan yang terkini IPad 2. Kehadiran IPad 2 yang sebelum ini IPad sebagai model pertama tablet Apple telah menjadi satu fenomena dunia ketika ini. Semua orang boleh dikatakan bercerita tentang IPad 2.

Mengapa tidaknya sampaikan bila hendak pergi temankan rakan nak beli IPad awal-awal lagi terlihat notis "IPad 2 Sold Out". Kira macam pisang goreng jugalah ceritanya. Yang hairannya kenapa mesti IPad 2 juga yang dikehendaki, adakah faktor harga, spesifikasi yang canggih ataupun faktor jenama Apple itu sendiri.

Namum secara peribadi saya akui produk-produk Apple memang berkualiti tinggi, up to date, mempersona dan semestinya fungsi yang ditawarkan memang cool. Apakan daya saya kurang berminat dengan iPhone 4 sebabnya saya lebih mempercayai key pad BlackBerry yang banyak membantu saya menzahirkan fikiran, idea dan cerita ke ruangan Blog, Facebook, Twitter dan banyak lagi la. Namum tidak dinafikan saya memang peminat IPad 2 yang sememangnya cool, power dan ada brand la...

Berikut spesifikasi IPad dan Harganya

IPad 2 Wifi
16 GB- RM1499
32 GB- RM1799
64 GB- RM2099

IPad 2 Wifi + 3G
16 GB- RM1899
32 GB- RM2199
64 GB- RM2499


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: