Premium WordPress Themes

16 Julai 2011

Keputusan Malaysia Vs Liverpool 16 Julai




Hari ini sama-samalah kita saksikan dua pasukan terbaik bertarung di atas padang. Iaitu pasukan pujaan saya Harimau Malaya menentang team gergasi liga Perdana Inggeris Liverpool pada jam 5.45 petang waktu Malaysia di Stadium Bukit Jalil. Dari sumber informasi http://www.tiketpro.com.my/ jumlah jualan tiket perlawanan telah terjual sebanyak 67,000. Nampaknya jikalau fenomena sebegini kerap berlaku untuk setiap kali perlawanan liga perdana tempatan atau sebagainya di Malaysia, tidak mustahil sukan bola sepak kita bertambah maju dan akan lebih ramai lagi pemain bertaraf bintang dilahirkan.

Pemain Liverpool sedang menjalani sesi latihan

Harapan memang tinggi menjulang agar pasukan Malaysia melakukan sesuatu yang boleh dibanggakan dan menjadi bahan cerita di kalangan kaki bola tanah air. Sayangnya juga dikatakan bahawa pemain hebat seperti Norsharul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan Radzak tidak dapat beraksi pada perlawanan ini, memang mendukacitakan sedikit bagi para peminat melihat pemain pujaan mereka tidak dapat beraksi membantu pasukan Malaysia. Harapan juga agar pihak ASTRO menyiarkan perlawanan ini tidak sebelum ini ketika Malaysia menentang Arsenal, habuk pun tarak, memang banyak kecewa. Tapi dari sumber yang diperolehi kemungkinan perlawanan pada petang ini akan dapat disaksikan menerusi chanel 817, harap-harap betulah informasi ini.

Tiada ulasan: