Premium WordPress Themes

19 Julai 2011

Bijak Memilih Kawan


" Kawan kita adalah cerminan sebenarnya siapakah kita".

Jika kawan kita itu seorang yang bijak pandai, maka barang mustahil kebijaksanaanya tak melekat sedikitpun pada diri kita. Namum jika kawan kita seorang kaki pemalas, kerja asyik mengular, kaki tipu, putar belit, pengampu dan segalanya yang teruk-teruk, tidak mustahil diri kita terpalit walau sedikitpun keburukan tersebut. Jadi apa mau tunggu lagi, jauhkanlah diri atau tinggalkan kawan seperti ini. Ini sebenarnya bukan kawan, tetapi lawan kepada hal-hal yang positif.

Teringat masa kecil-kecil dulu, emak bapa kita selalu berpesan, berkawanlah dengan orang baik-baik, insyallah engkau akan beroleh kebaikan darinya walaupun sedikit. Tapi jika berkawan dengan orang yang jahat, maka jahat juga yang engkau dapat.

Ramai di kalangan kita sebenarnya masih alpa dan keliru dalam berkawan. Terutamanya anak-anak remaja kita yang sedang membesar. Mereka keliru untuk memilih kawan. Berkawan dengan perokok maka rokoklah yang mereka pelajari. Berkawan dengan kaki bohong maka pembohonglah jadinya. Maka itu bijaksanalah dalam memilih kawan. Kerana kawan diri kita akan terpesong, kerana kawan juga masa depan kita menjadi gelap. Kerana pengaruh kawan jugalah ramai yang menyesal jatuh bangkrup kerana hutang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: