Premium WordPress Themes

01 Julai 2011

Hasil Karyaku Muncul Di Majalah Aperture Versi Julai.

Akhirnya foto-foto saya berjaya memikat hati pihak penerbitan Majalah Aperture yang kian meningkat popular di kalangan peminat seni fotografi Malaysia. Untuk terbitan bulan julai ini, foto saya telah berjaya terpilih sebanyak dua keping. Alhamdulilah syukur kepada Allah s.w.t dan terima kasih kepada pihak Penerbit Majalah Aperture kerana memilih koleksi foto saya untuk terbitan bulan julai.

Meskipun foto-foto tersebut tidaklah sebaik mana dan sehebat fotografer yang lain, namum ini adalah sebagai langkah positif untuk saya terus memperbaiki segala kelemahan yang ada. Sesungguhnya bidang fotografi ini bukanlah satu bidang yang boleh dianggap mudah, remeh temeh, mengarut dan membuang masa. Tetapi bagi saya bidang ini merupakan satu bidang yang amat mencabar, menyeronokan, memuaskan, menguji kreativiti dan sebagainya.

Tidak keterlaluan juga saya katakan, fotografer adalah merupakan seorang pelukis zaman, pengukir cerita pelbagai dimensi dan perakam kepada seni visual. Namum begitu hobi ini nampaknya mempunyai kos yang tinggi, terpaksa mengeluarkan wang ringgit untuk memiliki kamera yang diinginkan, lensa yang bersesuaian, aksesori yang pelbagai dan seumpamanya.

Namum semua ini tidaklah mematahkan semangat bagi mereka yang bergelar fotografer. Meskipun terpaksa membayar kos yang tinggi untuk mendapatkan segala kelengkapan fotografi, tetapi pulangannya adalah lumayan. Antaranya bagi saya ialah pulangan dari segi kepuasan intrinsik itu sendiri.

Berbalik kepada cerita di sebalik foto-foto tersebut. Foto 1: Mengkabong. Foto ini saya fikir memang menarik kerana suasana pada hari tersebut memang agak berlainan dari sebelum ini saya rakam. Untuk makluman lokasi foto tersebut telah banyak kali saya rakam semenjak 5 tahun lepas dan akhirnya pada hari bertuah tersebut, mata hati saya berkata 'inilah fenomena alam yang saya nanti-nantikan' dan inilah rakaman yang terbaik pernah saya hasilkan'. Kemudian tergerak hati saya untuk mengirimkan foto tersebut ke pihak Penerbit Majalah Aperture.

Foto 2: Sang Labah-labah. Foto ini saya rakam ketika mengadakan sesi outing ke Kundasang Memorial Park, Ranau bersama keluarga saya. Planning datang ke lokasi ini bukanlah untuk merakam foto makro tetapi lebih kepada rakaman biasa-biasa sahaja berkaitan dengan sejarah peperangan suatu masa dahulu. Namum begitu kalau sudah rezeki namanya, pasti tidak akan kemana. Saya terserempak dengan labah-labah ini yang kebetulan sedang bertaut kemas di sarangnya. Peluang ini pastinya saya tak akan lepaskan kerana, saya memang seorang yang meminati aliran makro, lantas saya tukar lensa Canon 50mm saya kepada Tamron 90mm dan hasilnya agak lumayan.

Akhir kalam ucapan terima kasih kepada Pihak Majalah Aperture kerana terpikat dan menghargai hasil-hasil karya saya. Kepada ahli keluarga saya, nampaknya tak sia-sia sesi outing Kundasang yang kita rancang sekian lamanya. Rakan-rakan seperjuangan terima kasih tunjuk ajar kalian, kerana kalianlah saya perolehi ilmu sedemikian rupa.

Link Facebook Majalah Aperture;
http://m.facebook.com/ApertureMag
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: