Premium WordPress Themes

27 November 2011

Wajah Kambing Pelik


Kejadian aneh yang bertempat di GERIK ,lahir seekor anak kambing berwajah pelik milik seorang penternak, Abd Karim Abd Hamid.

Menantunya, Mohd Halim Mat Wahid, 37 berkata, wajah anak kambing dari spesies boer itu dianggap satu perkara yang luar biasa dan ia telah menarik perhatian orang ramai.

"Anak kambing itu dilahirkan oleh seekor ibu kambing yang berusia tiga tahun, dan kami tidak tahu kenapa wajahnya pelik kerana anak kambing yang lahir sebelumnya dilahirkan dalam keadaan normal.

"Faktor pemakanan tidak mungkin menjadi punca kerana ibu kambing itu diberi makan sama seperti kambing ternakan lain," katanya.

Sumber: Sinar Harian

22 November 2011

Suasana Di Kilang Nokia

Nokia merupakan salah satu jenama terawal yang membangunkan teknologi telefon bimbit di dunia, dan pihak Nokia jugalah yang pertama memperkenalkan pelbagai teknologi pada telefon mereka, namum jangan kalian tersilap, meskipun namanya seolah-olah berasal dari Jepun, tetapi berasal dari negara Finland. Gambar-gambar tersebut ialah suasana kilang Nokia di Salo Finland tempat lahirnya Nokia Lumia 800.

03 November 2011

Ular Sawa Telan Rusa

Betapa lahapnya si ular sawa, sehinggakan rusa yang begitu besar saiznya dapat ditelannya. Namun begitu kita jadi pelik bagaimana ular sawa dapat menelan manngsanya hidup-hidup.

02 November 2011

Logo Apple Laris Di Internet

Dengan tidak disangka-sangka hasil kreatif Jonathan Mark yang mencipta satu logo berasaskan Apple yang ditujukan khas untuk Steve Job setelah pemergiannya lepas, telah mendapat liputan meluas di internet. Sehinggakan Jonathan Mark berasa binggung serta terharu dengan logo Apple yang diciptanya.

Betullah pepatah yang menyatakan, tuah ayam nampak di kaki, namum tuah manusia siapa yang tahu' begitulah yang berlaku dengan anak muda yang sedang menuntut di Universiti Politeknik Hong Kong ini. Bercerita berkenaan dengan logo tersebut, sebenarnya logo itu dihasilkan khusus untuk didedikasikan olehnya kepada Steve Job sempena pemergiannya.

Namum selepas logo tersebut dilancarkan olehnya,terus mendapat sambutan yang amat luar biasa, dia terpaksa membaca banyak email yang menawarkan harga untuk logonya dan tidak kurang juga ada yang menawarkan pekerjaan kepadanya.

28 Oktober 2011

Reminder: Sanra Amilasan invited you to join Facebook...

facebook
Hi,
Sanra wants to be your friend on Facebook. No matter how far away you are from friends and family, Facebook can help you stay connected.
Other people have asked to be your friend on Facebook. Accept this invitation to see your previous friend requests
Sanra Amilasan
208 friends · 72 photos · 22 Wall posts · 9 groups
Accept Invitation
Go to Facebook
The message was sent to putrasharif.jogobana@blogger.com. If you don't want to receive these emails from Facebook in the future or have your email address used for friend suggestions, you can unsubscribe. Facebook, Inc. P.O. Box 10005, Palo Alto, CA 94303

25 Oktober 2011

Empat Cara Tidur Para Nabi

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera, kita beriman kepada Allah,Rasul dan para nabi, maka itu marilah kita mengikuti segala suruhan yang dibuat pada kita.

Ada 4 cara tidur para nabi yang harus kita ketahui semua, bagaimana dan kenapa? Ikuti dengan pembacaan serta pemahaman yang mendalam pada artikel ringkas ini.

1.TIDUR PARA NABI
Mereka tidur dengan cara dan tertib posisi badan terlentang sambil meluangkan masa berfikir segala kekuasaan Allah seperti kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA DAN AHLI IBADAH
Posisi badan adalah dengan memiringkan badan ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Agak malang tidur dengan cara sebegini, iaitu dengan memiringkan badan ke sebelah kiri kerana terlalu banyak mencernakan makanan.

4. TIDUR SYAITAN
Hindari cara tidur sebegini, sehinggakan menyamai posisi tidur syaitan iaitu dengan posisi menelungkup atau meniarap seperti tidurnya ahli neraka.
Sent from Shatra

24 Oktober 2011

Punca Hati Rosak

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera, apa cerita kawan-kawan dan sahabat kalian. Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan dan sukses selalu. Yang tengah bekerja teruskan memancu ekonomi negara, yang tengah berniaga teruskan memajukan negara ini dan yang tengah membaca artikel ini teruskan pembacaan serta pemahaman anda. Sesungguhnya individu dan bangsa yang rajin membaca itu lebih cepat maju dan tidak terlalu sukar untuk mendidiknya.

Kali ini mari kita kongsikan apakah punca hati menjadi rosak. Hati yang dimaksudkan ini ialah hati yang ada di dalam tubuh badan kita. Apakah punca yang menyebabkan hati menjadi rosak ?.

1. TIDUR
Tidur terlalu lewat dan tidur terlalu awal pula. Banyak kerja tak siap dan tak ada kerja nak disiapkan pula.

2. Air Kecil
Tidak membuang air kecil pada waktu pagi. Tak sempat buang air kecil, peliknya

3. MAKAN BERLEBIHAN
Terlalu banyak makan dan minum
Tapi kurang menggunakan tenaga untuk membakar kalori.

4. SARAPAN
Sering mengabaikan sarapan pagi. Tak ada masa, tak sempat dan nak diet.

5. UBAT
Terlalu banyak mengambil ubat-ubatan, pil langsing, vitamin, viagra dsb

6. MINYAK MASAK
Banyak makan minyak masak seperti yang terkandung pada kuih muih, mee goreng, ayam goreng(KFC)

7. MAKANAN MENTAH
Banyak makan makanan mentah, sehinggakan membebankan hati.


Sent from Shatra

18 Oktober 2011

MODEL BARU TOYOTA FORTUNER FACELIFT TRD SPORTIVO 2.5G 2.7V

NEW TOYOTA FORTUNER FACELIFT TRD SPORTIVO 2.5G 2.7V SPECIFICATION

-2.5 litre (Diesel), 4-Cylinder In-Line,
16-Valve, DOHC Turbo Diesel, D-4D

-Common Rail Direct Injection

-Horsepower : 102ps / 3,600 RPM

-Torque : 260ps / 1,600-2,400 RPM

-Full-time 4WD with Torsen LSD
-(Torque Sensing Limited Slip
Differential)

-4-Speed Automatic with ECT, Gate. Shifter
Sent from Shatra

11 Oktober 2011

Aplikasi Facebook Untuk iPad Kini Dilepaskan


Kini terdapat Aplikasi terbaru Facebook untuk para pengguna tablet iPad, ianya kelihatan agak menarik dan memudahkan pengguna iPad bersosial.
Dedikasi Oleh Shatra

06 Oktober 2011

Steve Jobs Meninggal Dunia



Berita yang mengejutkan serta mendukacitakan, apabila pihak pengurusan Apple mengumumkan bahawa Steve Jobs telah meninggal dunia semalam 5 oktober, iaitu sebaik sahaja Apple melancarkan siri model iPhone 4S.

Siapa yang tidak kenal dengan beliau yang merupakan seorang pencetus kepada fenomena dan perkembangan dunia teknologi komputer dan telefon pintar. Kini beliau sudah tidak ada dan sebelum ini pun telah berundur dan memberikan jawatan beliau kepada Tim Cook sebagai CEO baru Apple.

04 Oktober 2011

Ikan Bergigi dan Bibir Manusia






Pertama sekali saya hanya mampu ungkapkan lafaz subahanallah, maha esa pada penciptaNYA. Banyak kejadian dan perkara dijadikan supaya kita berfikir serta beriman. Saksikan foto-foto ikan pelik yang bergigi dan bibir manusia ini.

Dari Sharif Putra

03 Oktober 2011

Apa Akan Jadi Dengan Akaun Facebook Kita, Selepas Kita Mati

Tajuk ini saya fikir sesuai diungkapkan masa ini, kerana Facebook masih lagi terpopular di seluruh dunia ketika ini. Di Malaysia sahaja jumlah pemilik FB dalam menjangkau angka 11 juta juga.

Namum begitu balik pada tajuk yang nampak seram. Apa akan jadi dengan akaun FB kita, setelah kita mati kelak. Akaun FB tersebut pastinya hanya diri kita sahaja yang tahu, dan segala entri gambar-gambar seksi yang diupload sebelum ini terus menerus menjadi bahan santapan kaum yang tak berwajib, maka si mati secara terus menerus terseksa di kubur kerana akaun FBnya tak dapat ditutup.

Malang sungguh diri kita di alam kubur yang terus menerus terseksa, lantaran gambar-gambar seksi, bogel, tudung sangkut, dada terhidang, selak sana sini, rambut color-color lagi angkara diri sendiri yang gabrah memasukan foto-foto hits kita ke FB.

Peringatan pada diri saya, ahli keluarga dan rakkan-rakan sekalian hentikanlah uploadkan gambar-gambar seksi kalian sebelum seksa di alam kubur kelak angkara fb.


Dari Sharif Putra

02 Oktober 2011

Kini Pengguna BlackBerry Boleh Install Applikasi Radio Tempatan

Kini pemilik BlackBerry yang gemarkan radio, terutamanya radio tempatan seperti ERA, Sinar,Hitz,My fm,Mix fm,THR Raaga, THR Gegar, Lite fm dan XFM boleh cuba install ke BlackBerry kalian. Untuk makluman juga pihak AMP menjelaskan siaran radio ini hanya boleh dinikmati menerusi data internet, maka itu ianya hanya sesuai bagi pengguna yang melanggan internet.
Sumber applikasi oleh AMP Sdn Bhd
Dari Sharif Putra

Nescafe Memudaratkan Kesihatan

Tanpa banyak mengkaji, meneliti dan prihatin terhadap apa yang kita makan dan minum setiap hari, sebenarnya menjadi penyumbang kepada bahaya pada kesihatan diri kita. Tambahan lagi apabila makanan atau minuman itu dibungkus dengan cantik dan menawan sehinggakan menggaburi kita dan lupa meneliti apakah kandungan, risiko serta khasiatnya.

Dari itu sempat juga kiranya saya mencari maklumat berkaitan dengan minuman nescafe ini, tapi lebih memberi fokus pada nescafe 3 in 1. Antara risiko yang boleh memudaratkan kesihatan kita ialah, minuman ini tidak baik dan merosakan buah pinggang. Manakala krimer yang terdapat di dalam campuran minuman ini menyebabkan jantung rosak, krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit( non dairy creamer).

Berikut beberapa tanda-tanda kesan dari pengambilan 3 in 1.
-Sering sakit dada
-Kurang daya tahan terhadap panas terik matahari, byk berpeluh dan tidak selesa.
-Jantung kerap berdebar-debar dan diikuti dengan dahi berpeluh.


Dari Sharif Putra

01 Oktober 2011

Kapsul Seperti Kapal Nabi Nuh Di Jepun



Negara Jepun seringkali dilanda oleh bencana alam seperti Tsunami. Bencana ini seolah-olah seperti berlakunya kiamat pada mereka yang dilanda musibah ini. Pada 11 Mac lepas menyaksikan kiamat kecil telah melanda utara Jepun dan telah mengakibatkan kemusnahan harta benda serta kehilangan nyawa.

Menyedari kesan bencana ini, sebuah syarikat di Jepun telah mencipta sebuah kapsul yang berbentuk bulat, boleh memuatkan seramai 4 orang dan terapung seperti bola. Kapsul ini dicipta dengan mendapat idea dari kapal nabi nuh suatu masa dahulu. Kapsul ini berharga RM12,500(¥300,000)


Dari Sharif Putra

30 September 2011

Rupa Bentuk iPhone 5 Hampir Tepat 98%



Sebelum ini telah banyak rupa bentuk, design dan ramalan bagaimanakah rupa sebenar iPhone 5 yang akan dilancarkan oleh Apple pada tanggal 4 Okt ini. Bagaimanapun gambar-gambar tersebut adalah ramalan yang dikatakan hampir serupa dengan iPhone 5 kelak. Kalau tidak tepat sepenuhnya pun sudah kira bagus jugalah, mana tau Apple akan memberikan paling terbaik kelak.

Dari Sharif Putra

Nokia N9 Versi Putih


Semakin hari semakin hampir pengenalan telefon pintar Nokia N9 memasuki pasaran Malaysia kelak. Sedia maklum N9 sememangnya sebuah telefon pintar yang menawarkan teknologi terbaik dari Nokia, contohnya ialah NFC yang merupakan teknologi terkini yang bakal digunakan secara meluas di Malaysia.
Sebelum ini juga seperti yang disaksikan menerusi laman-laman web, N9 didatangkan dengan warna hitam, biru dan merah jambu. Dan menurut kabar angin versi akan datang kelak N9 akan didatangkan dengan warna putih mutiara. Warna ini memang cantik dan semestinya menjadi warna kegemaran golongan wanita. Nantikan kehadiran N9 versi putih kelak pada lewat tahun ini atau seawal 2012 nanti.
Dari Sharif Putra

26 September 2011

Telefon Pintar Yang Terbaik


Kini kebanjiran Telefon Pintar atau Smartphone melanda di seluruh dunia. Tidak ketinggalan juga kita di Malaysia yang di datangi oleh pelbagai model yang tak habis-habis, ada saja yang terbaru, canggih dan menghabiskan wang kita. Kenapa tidak setiap kali ada muncul model terbaru, mulalah gelabah dan meninjau-ninjau, mana tau berkenaan.

Tapi jika sudah namanya telefon pintar, adakah kita sebagai peminat dan penggunanya juga turut menjadi pintar. Atau hanya sekadar nama telefon pintar, tetapi tuannya tidak pintar, kurang pintar atau sebagainya. Jadi rasanya menjadi kemestiaan bagi kalian yang menggunakan telefon pintar ini, menjadi lebih pintar jugalah, cuba kuasai pelbagai hal yang berkaitan dengan telefon pintar kalian. Apa yang dikatakan pintar itu, bagaimana dikatakan pintar dan bagaimana telefon tersebut membuatkan kalian menjadi lebih pintar.

Sebagai contoh hanya sekadar rujukan, bukan nak bodek-bodek yah, fungsi BBM dalam telefon pintar Blackberry yang membuatkan kalian jimat wang ringgit untuk bersembang dengan rakan-rakan kalian. Begitu juga yang ada pada telefon android yang menggunakan google talk atau sebagainya. Jadi semestinya kalian nak benda yang percuma kan. Maka itu cuba kaji, teliti dan fahami terlebih dahulu telefon pintar yang hendak kalian beli atau gunakan. Kalau tidak ianya hanya sekadar hiasan sahaja, untuk dilihat atau sebagainya, dalam erti kata yang lain rugiii..

Baiklah di sini saya senaraikan beberapa telefon pintar yang amat bagus untuk kalian kaji, teliti dan fahami sebelum pergi berbelanja.

-Blackberry 9700,9780,9900
-iPhone 4
-Samsung Galaxy S II
-HTC Sensation



Dari Sharif Putra

23 September 2011

Terbaru: Toyota Hilux Fearless










Nampaknya pihak Toyota telahpun mengesahkan kemunculan model laris mereka iaitu menerusi model hilux yang menjadi model terlaris di Borneo khususnya di Sabah dan Sarawak. Siri model terbaru ini iaitu Toyota Hilux Fearless yang telah memasuki pasaran negara Thailand terlebih awal berbanding pasaran Malaysia.
Hilux Fearless ini menawarkan beberapa variati kapasiti enjin iaitu 3.0 liter dan 2.5 liter. Berikut ialah speksifikasi ringkas hilux fearless.
-Powerful 3.0 liter D-4D Common-Rail Intercooler VNT Diesel
-Powerful 2.5 liter D-4D Common-Rail Turbo Diesel
-New Radiator grille & scoop
-Power Adjustable & retractable wing mirror
-Advance alloy whell design
-Large cargo deck with bedliner
-Automatic disconnecting differential (ADD) with part time 4WD
-Optional DVD Audio-Video navigation(DVD-AVN).
-Harga Semenanjung Malaysia RM107,250,
Manakala harga Sabah pula sekitar RM107,978-107,904 dan Sarawak sekitar RM108,206
Dari Sharif Putra

21 September 2011

Google+ Kini Dibuka Untuk Semua

Kini Google+ telah membuka pendaftaran kepada semua yang berminat untuk mendaftar, setelah beberapa minggu memberi jemputan kepada individu tertentu.

Google+ kini telahpun mempunyai ahli seramai 10 juta sejak dari 16 hari dilancarkan. Ini merupakan satu rekod terbaik Google+ sejak dilancarkan. Dan kini setelah dibuka kepada semua, ini bermakna jumlah individu yang akan mendaftar kelak akan bertambah.

Google+ juga turut menaik taraf fungsi dan aplikasi G+ iaitu memperkenalkan permainan dalam talian dan fungsi carian secara terus melalui G+. Saya sudahpun mendaftar G+ kalian bagaimana pula.


Dari Sharif Putra