Premium WordPress Themes

30 September 2011

Nokia N9 Versi Putih


Semakin hari semakin hampir pengenalan telefon pintar Nokia N9 memasuki pasaran Malaysia kelak. Sedia maklum N9 sememangnya sebuah telefon pintar yang menawarkan teknologi terbaik dari Nokia, contohnya ialah NFC yang merupakan teknologi terkini yang bakal digunakan secara meluas di Malaysia.
Sebelum ini juga seperti yang disaksikan menerusi laman-laman web, N9 didatangkan dengan warna hitam, biru dan merah jambu. Dan menurut kabar angin versi akan datang kelak N9 akan didatangkan dengan warna putih mutiara. Warna ini memang cantik dan semestinya menjadi warna kegemaran golongan wanita. Nantikan kehadiran N9 versi putih kelak pada lewat tahun ini atau seawal 2012 nanti.
Dari Sharif Putra

Tiada ulasan: