Premium WordPress Themes

05 September 2011

Mat Salleh Pun Lebih Miskin Dari Kita




Rupanya seteruk-teruk paras kemiskinan di negara kita, ada lagi yang lebih miskin dari kita. Sebagai contoh sepasang suami isteri dari FLORIDA US tinggal bersama 3 orang anak mereka di dalam kereta.

Perbuatan Justin Hamilton dan isterinya Kristin Harris tinggal berhari-hari bersama-sama anak-anak mereka mendapat perhatian masyrakat sekeliling lalu membuat aduan kepada pihak polis.

Amat sedih apabila pihak polis membuat serbuan terhadap mereka. Anak-anak pasangan ini amat mengaibkan, bercampur dengan timbunan sampah, sisa makanan, tulang ayam dan bau busuk. Dan dari rekod polis mendapati pasangan ini memang mempunyai rekod jenayah seperti kes dadah dan curi. Akibat saudara mara tidak tahan lagi dengan sikap mereka lagi, justru mereka telah dihalau dan merempat di dalam kereta.

Sungguh menyedihkan apabila anak-anak pasangan ini mengalami pelbagai penyakit serta kecederaan termasuklah mengalami sunburn. Moralnya seteruk-teruk kita di Malaysia masih punyai temat tinggal yang baik, meskipun tidak seadanya, berbanding dengan mat salleh yang tinggal di negara yang kaya dan banyak memperjuangkan hak asasi manusia.


Dari Sharif Putra

Tiada ulasan: