Kesian bayi yang baru berusia 8 bulan, maut selepas terjatuh ke dalam laut menerusi lubang tandas curah rumahnya di perkampungan atas air di Kg Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu semalam. Mangsa bernama Alben Abdullah di temui mati terapung 25 meter dari tempat kejadian pada jam 2.40 petang oleh jiran tuan rumah. Bayi tersebut dikatakan keluar dari bilik dan merangkak menuju ke bilik air tanpa disedari oleh bapa saudaranya Rasil Abdul yang menjaga bayi tersebut. Kesian bayi tersebut, nampaknya kepada mereka yang berumah di atas air kena banyak berhati-hati supaya kejadian seperti ini tidak lagi berulang.
Tempat Kejadian
Lubang tandas tempat bayi terjatuh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan