Premium WordPress Themes

02 Jun 2011

Punca Perut Buncit




Siapa yang tak nak perut mereka yang kempis, slim dan ramping. Rasanya semua orang nak macam tu kan. Perut buncit sinonim dengan gaya hidup sesorang itu yang mungkin makan agak berlebihan dengan tenaga yang digunakan. Akibat tabiat pemakanan yang tidak teratur mengakibatkan pengumpulan lemak di bahagian perut dan ini mempunyai risiko untuk diserang pelbagai penyakit.

Mari kita tengok apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya perut buncit ini.

1. Pengambilan makanan berlemak secara berlebihan dari kegunaan badan dari yang sepatutnya.

2. Kurang bersenam atau bersukan asyik sibuk dengan kerja, perniagaan atau sebagainya. Namum sebaliknya perut semakin buncit.

3. Gaya hidup dan stail pemakanan yang tidak smart, main sumbat dan cerna sahaja.

4. Gaya hidup yang tidak seimbang, lebih banyak rehat, duduk atau baring. Hati-hati bagi mereka yang kerja banyak duduk dari berdiri contohnya penyampai radio.

5. Pengambilan makanan yang tidak terkawal ketika mengandung. Apa yang dikehendaki semuanya diturutkan. Akibatnya perut pula membuncit.

6. Perubahan hormon pada wanita ketika hamil

Tiada ulasan: