Premium WordPress Themes

16 Jun 2011

51 Portal & Website Kerajaan Diserang Hacker

Setakat maklumat yang diperolehi sejumlah 51 portal dan website kerajaan Malaysia telah dihack oleh sekumpulan penyerang yang menggelarkan diri mereka sebagai ANONYMOUS. Kumpulan hacker ini berkelakuan sedemikian adalah sebagai tindak balas mereka kepada tindakan kerajaan Malaysia menyekat 10 website download.

Untuk itu hacker ini telah menggodam banyak portal dan website kerajaan bermula dari seawal pagi semalam waktu Malaysia. Berikut adalah beberapa portal dan website kerajaan yang telah dihack.

http://www.parlimen.gov.my
http://www.cidb.gov.my
http://www.malaysia.gov.my
http://www.ptptn.gov.my
http://www.jobstreet.gov.my
http://www.jpj.gov.my
http://www.rmp.gov.my
http://www.coustom.gov.my
http://www.moha.gov.my

Sebenarnya ada banyak lagi portal dan website pihak kerajaan telah digodam oleh kumpulan Anonymous ini yang mempunyai domain gov.my. Setakat ini janganlah pulak website bank yang mereka hack. Namum begitu antara punca serangan ini adalah disebabkan tindakan pihak kerajaan menerusi SKMM menyekat 10 website untuk diakses oleh rakyat Malaysia. Siapakah identiti sebenar penyerang ini, sama-samalah kita tunggu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: