Mulai 1 Julai ini pihak kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan operasi Pemutihan di seluruh negara. Elok sangatlah tu bila pihak kerajaan mengadakan operasi sebegini. Rasanya sudah lama operasi sebegini tidak dilaksanakan ke seluruh negara. Sepatutnya teruskan operasi pemutihan dari semasa ke semasa, jangan bermusim dan berjadual pula.
Bila kebanyakan akhbar dan stesen tv misalanya Bernama dan pihak TV3 menyiarkan berita tentang misi kerajaan ini. Rasanya kita tidak terkejut dengan nilai angka 2 juta PATI sedang bercuti, menetap dan beranak pinak di tanah air kita. Kalau misalanya di negeri Sabah soal PATI ini tak usah buat-buat terkejut. Mereka seolah-olah bebas bergerak, berniaga,bersosial dan tidak kurang juga dengan masalah jenayah yang mereka lakukan. Bila berkunjung ke pekan Lahad Datu, cuba-cubalah lepak di pasar dan Wisma Ramai-ramai. Kalian akan rasa terkejut, hairan, dan takut dengan situasi yang anda saksikan.
Saya sendiri bila berbuat demikian sekadar ingin merakam foto bukanya untuk di hantar ke akhbar atau stesen tv, tetapi hanyalah memenuhi hobi saya merakam foto jalanan. Apabila saya mengeluarkan kamera dan mula merakam gelagat para peniaga dan orang-orang disekitar pasar tersebut, mereka terus lari dan beredar dengan pantas. Pelik juga, kenapa harus lari bersembunyi jikalau tidak ada apa-apa yang mereka takuti. Jadi natijahnya kita sendiri faham kenapa mereka lari bersembunyi. Adakah tiada lesen berniaga, atau memang PATI. Hairan juga dibuatnya aktiviti mereka ini berjalan seperti biasa setiap hari, bagaimana dengan pihak berwajib ya, apa cerita mereka.
Satu situasi lagi yang tak sempat saya rakamkan ialah sepanjang pantai berhampiran Wisma Rama-ramai telah menjadi pelabuhan dan perkampungan sementara buat pendatang dan koloni suku pelaut yang tidak mempunyai apa-apa dokumen pengenalan diri. Mereka ini bukan sahaja mencemarkan pemandangan pantai tetapi berpelesaran sebagai peminta sedekah.
Itu adalah sebahagian dari daerah yang sempat dilawati entah bagaimana pula ceritanya di daerah-daerah lain. Syabas dan Tahniah kepada pihak kerajaan kerana melaksanakan operasi pemutihan ini, sebagai warga dan rakyat Malaysia, saya merasakan terancam dengan kehadiran, stail dan masalah yang mereka lakukan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan