Premium WordPress Themes

15 Jun 2011

Kuasa Pepatah

Meskipun hanya sekadar pepatah yang nampak ringkas dan bersahaja, namum mampu membawa kesan dan pengaruh yang kuat pada sesiapa yang boleh menerimanya dalam diri masing-masing. Dan saya pasti kalian semua punya kata-kata pepatah yang disimpan rapi disanubari buat kesekian lamanya, semenjak dari bangku sekolah dan sehinggalah alam pekerjaan.

Kalau dulu di alam persekolahan mungkin kita tidak asing lagi dengan pepatah seperti "usaha asas kejayaan" ataupun usaha tangga kejayaan dan sebagainya. Namun apa sebenarnya maksud yang tersirat disebalik pepatah tersebut. Meskipun nampak ringkas dan bersahaja namum punya kuasa sehinggakan berjaya merubah hidup kita dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. Dari seorang pelajar yang malas, lembab, nakal dan jahat kepada pelajar yang rajin, pintar, baik dan budiman. Maka itulah kuasa pepatah yang nampak ringkas namum berbiasa merubah seseorang.

Saya suka dengan pepatah Cina ini yang berbunyi begini,

"Sesebuah kapal itu akan selamat jika tersimpan rapi di pelabuhan, namum bukan itu tujuannya dibuat".

Pepatah ini nampak bersahaja namum bila difikirkan, memang agak dalam maksudnya. Maksudnya mungkin lebih kurang begini. Sesorang yang hebat itu tidaklah boleh dianggap hebat jika kehebatannya itu hanyalah sebagai teori dan bahan cerita semata-mata, dan sepatutnya dia sendiri pergi membuktika segala kata-katanya, teorinya dan retoriknya itu. Kerana ilmu itu jika tidak dipraktikan adalah membazir dan membuang masa sahaja.

Patutlah orang Cina cepat maju dan lebih maju berbanding dengan bangsa kita, kerana mereka menyedari hakikat pepatah ini...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: