Sejak kebelakangan ini banyak sangat kes-kes keterlanjuran di kalangan remaja. Dari kes keterlanjuran ini akhirnya menjadi aksi berulang kali dilakukan oleh kalangan remaja kini. Semakin loya dan menghairankan kita apabila remaja menjadikan seks ini sebagai satu hobi. Memang agak hairan bila mereka menjadikan aksi terlarang ini salah satu hobi.
Malu memang memalukan pengakuan yang dibuat oleh kalangan remaja ini, di mana letaknya maruah mereka, dan yang lebih memalukan kes ini banyak melibatkan remaja yang beragama islam. Sungguh dengkil dan aib remaja yang sepatutnta sibuk untuk memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu positif ini, tetapi ketagih dengan seks pula.
Dalam kes seperti remaja pada asalnya hendak pergi belajar dan mengulangkaji pelajaran bersama di rumah kawan yang akhirnya terjebak dengan seks. Pada mulanya mereka hendak cuba-cuba sahaja, tetapi lama kelamaan akhirnya menjadi ketagih pula kepada seks. Sehingga akhirnya remaja tersebut mengandung dan diketahui oleh keluarga masing-masing.
Jadi kepada ibu bapa yang memberi keizinan kepada anak-anak remaja mereka pergi tusyen atau belajar bersama di rumah rakan mereka. Sila pastikan dan periksa terlebih dahulu siapa, dimana dan apa yang mereka pelajari bersama.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan