Premium WordPress Themes

27 November 2011

Wajah Kambing Pelik


Kejadian aneh yang bertempat di GERIK ,lahir seekor anak kambing berwajah pelik milik seorang penternak, Abd Karim Abd Hamid.

Menantunya, Mohd Halim Mat Wahid, 37 berkata, wajah anak kambing dari spesies boer itu dianggap satu perkara yang luar biasa dan ia telah menarik perhatian orang ramai.

"Anak kambing itu dilahirkan oleh seekor ibu kambing yang berusia tiga tahun, dan kami tidak tahu kenapa wajahnya pelik kerana anak kambing yang lahir sebelumnya dilahirkan dalam keadaan normal.

"Faktor pemakanan tidak mungkin menjadi punca kerana ibu kambing itu diberi makan sama seperti kambing ternakan lain," katanya.

Sumber: Sinar Harian

22 November 2011

Suasana Di Kilang Nokia

Nokia merupakan salah satu jenama terawal yang membangunkan teknologi telefon bimbit di dunia, dan pihak Nokia jugalah yang pertama memperkenalkan pelbagai teknologi pada telefon mereka, namum jangan kalian tersilap, meskipun namanya seolah-olah berasal dari Jepun, tetapi berasal dari negara Finland. Gambar-gambar tersebut ialah suasana kilang Nokia di Salo Finland tempat lahirnya Nokia Lumia 800.

03 November 2011

Ular Sawa Telan Rusa

Betapa lahapnya si ular sawa, sehinggakan rusa yang begitu besar saiznya dapat ditelannya. Namun begitu kita jadi pelik bagaimana ular sawa dapat menelan manngsanya hidup-hidup.

02 November 2011

Logo Apple Laris Di Internet

Dengan tidak disangka-sangka hasil kreatif Jonathan Mark yang mencipta satu logo berasaskan Apple yang ditujukan khas untuk Steve Job setelah pemergiannya lepas, telah mendapat liputan meluas di internet. Sehinggakan Jonathan Mark berasa binggung serta terharu dengan logo Apple yang diciptanya.

Betullah pepatah yang menyatakan, tuah ayam nampak di kaki, namum tuah manusia siapa yang tahu' begitulah yang berlaku dengan anak muda yang sedang menuntut di Universiti Politeknik Hong Kong ini. Bercerita berkenaan dengan logo tersebut, sebenarnya logo itu dihasilkan khusus untuk didedikasikan olehnya kepada Steve Job sempena pemergiannya.

Namum selepas logo tersebut dilancarkan olehnya,terus mendapat sambutan yang amat luar biasa, dia terpaksa membaca banyak email yang menawarkan harga untuk logonya dan tidak kurang juga ada yang menawarkan pekerjaan kepadanya.