Premium WordPress Themes

26 September 2011

Telefon Pintar Yang Terbaik


Kini kebanjiran Telefon Pintar atau Smartphone melanda di seluruh dunia. Tidak ketinggalan juga kita di Malaysia yang di datangi oleh pelbagai model yang tak habis-habis, ada saja yang terbaru, canggih dan menghabiskan wang kita. Kenapa tidak setiap kali ada muncul model terbaru, mulalah gelabah dan meninjau-ninjau, mana tau berkenaan.

Tapi jika sudah namanya telefon pintar, adakah kita sebagai peminat dan penggunanya juga turut menjadi pintar. Atau hanya sekadar nama telefon pintar, tetapi tuannya tidak pintar, kurang pintar atau sebagainya. Jadi rasanya menjadi kemestiaan bagi kalian yang menggunakan telefon pintar ini, menjadi lebih pintar jugalah, cuba kuasai pelbagai hal yang berkaitan dengan telefon pintar kalian. Apa yang dikatakan pintar itu, bagaimana dikatakan pintar dan bagaimana telefon tersebut membuatkan kalian menjadi lebih pintar.

Sebagai contoh hanya sekadar rujukan, bukan nak bodek-bodek yah, fungsi BBM dalam telefon pintar Blackberry yang membuatkan kalian jimat wang ringgit untuk bersembang dengan rakan-rakan kalian. Begitu juga yang ada pada telefon android yang menggunakan google talk atau sebagainya. Jadi semestinya kalian nak benda yang percuma kan. Maka itu cuba kaji, teliti dan fahami terlebih dahulu telefon pintar yang hendak kalian beli atau gunakan. Kalau tidak ianya hanya sekadar hiasan sahaja, untuk dilihat atau sebagainya, dalam erti kata yang lain rugiii..

Baiklah di sini saya senaraikan beberapa telefon pintar yang amat bagus untuk kalian kaji, teliti dan fahami sebelum pergi berbelanja.

-Blackberry 9700,9780,9900
-iPhone 4
-Samsung Galaxy S II
-HTC Sensation



Dari Sharif Putra

Tiada ulasan: