Premium WordPress Themes

24 Julai 2011

Malaysia Juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa.


Malaysia Juara lagi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 yang berlangsung di ibu negara malam tadi.Syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t. Para pemenang ialah Amirrahman Abas dan Suraya Abu Hassan dari Malaysia masing-masing dinobatkan sebagai johan qari dan qariah.

Kedua-dua pemenang juga iaitu Amirrahman dan Suraya juga merupakan johan pada majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Manakala naib johan ialah Saudi M. Gandisa dari Filipina dan Noor Khalidah Kaspul Anwar dari Indonesia. Tempat ketiga pula dimenangi Abdel Bast Mohamed dari Mesir dan Nur Azizah Sholichi dari Singapura. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga Al-Quran terus menjadi asas pegangan dan pedoman seluruh umat islam di muka bumi ini.




Tiada ulasan: