Premium WordPress Themes

16 Julai 2011

Keputusan Akhir Malaysia Vs Liverpool


Nampaknya Team Malaysia bermain agak cantik kali ini berbanding sebelum ini Malaysia menentang Arsenal. Segala gerakan agak teratur dan pantas. Sememangnya beginilah corak permainan masa kini, pantas dan tepat.

Pada masa pertama menyaksikan gol yang saya fikir agak kontroversi bagi Liverpool. Pada hemat saya sepakan percuma tersebut tidak harus berlaku sepatutnya. Jika diperhatikan dalam situasi sebegitu semestinya pemain pertahanan Malaysia berusaha untuk menghalang ppemain lawan dan akhirnya pemain lawan kelihatan jelas bergeser dan terjatuh. Malangnya lagi apabila pemain Malaysia dilayangkan kad kuning kerana membantah.

Bagaimanapun inilah yang dikatakan bola sepak, penuh dengan debaran dan percaturan. Namum begitu tendangan percuma yang diberikan kepada pasukan Malaysia, sememangnya saya seperti sudah mengagak, tendangan tersebut akan berjaya oleh Syafiq. Kerana sudut demikian amat digemari oleh Syafiq dan aksi tersebut turut dipamerkan oleh Syafiq ketika Malaysia menentang Taiwan.

Separuh masa kedua menyaksikan kesilapan demi kesilapan berlaku di bahagian pertahanan Malaysia, gol yang tidak sepatutnya berlaku. Namum agak menggembirakan apabila Safee Salleh dibawa masuk oleh Datuk Rajagopal menyumbat dua gol yang saya fikir gol cantik.

Masa kecenderaan akhirnya Liverpool menambahkan lagi koleksi gol mereka menjadikan 6-3 menerusi penyerang kebangsaan Belanda Kuyt. Secara keseluruhan Malaysia 3 Liverpool 6. Tahniah Liverpool dan tahniah juga buat pasukan Harimau Malaya, meskipun kalah namum persembahan tetap mantap.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: