Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera para pengunjung blog ini, harapan semoga kita sama-sama sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t insyallah. Mari kita lapangkan sedikit masa untuk membaca serta mengetahui apakah pahala bagi wanita yang hamil.
Setiap isteri merasa amat gembira bila mengetahui dirinya hamil dari benih suami yang tercinta. Namum terdapat juga wanita yang tidak mahu hamil kerana tidak mahu menanggung risiko dan kesengsaraan menjaga bayi. Kalaulah wanita tersebut mengetahui betapa besarnya pahala wanita hamil, nensya ia tidak akan bertindak sedemikian.
Hamil adalah tugas dan amanah mulia yang diberikan oleh Allah s.w.t selagi tidak menyalahi tuntutan agama. Menyedari hakikat betapa besarnya pahala wanita yang hamil itu, janganlah takut atau enggan untuk hamil, hal ini kerana isteri yang hamil itu dapat membuktikan kepada suaminya bahawa dia adalah wanita yang subur. Maka suami berhak mencurahkan seluruh perhatian, kasih sayang dan cinta kepadanya berikutan berseminya insan tersayang di rahimnya.
Wanita yang hamil juga akan memperolehi pahala selama ia mengandung, setelah melahirkan bayinya hatinya akan dilanda ketenangan, sejuk dan penuh kasih sayang seorang ibu. Tetapi seandainya ia menemui ajalnya ketika melahirkan bayinya, Allah s.w.t berjanji ia mati sebagai syahidah dan ditempatkan di syurga tanpa hisab. Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan dan keistimewaan wanita hamil ini, selain berupa pahala tetapi juga dari aspek kesihatan dan psikologi.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan