Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera, semoga dihari jumaat yang baik ini membawa kebahagian kepada kita semua. Sebenarnya dalam menjalani kehidupan seharian kita akan menghadapi saat suka duka, sihat dan sakit. Justeru itu ketika kita sihatlah perlu kita beringat pada diri serta insan yang kita kasihi tentang aspek kesihatan. Mari kita ikuti saranan dan nasihat demi kesihatan diri kita terutamanya.
1. Segera lakukan pemeriksaan kesihatan ketika terjadi gangguan kesihatan.
2. Tidak berlebihan memakan ubat-ubatan dengan tujuan cepat sembuh.
3. Awasi dengan cermat kesihatan gigi dan tubuh anda secara keseluruhan.
4. Tidur dengan secukupnya sekitar 6 hingga 8 jam.
5. Cuba hindari tidur di dalam bilik yang kurang peredaran udaranya.
6. Tidak mengangkat bebanan yang terlalu berat.
Demikianlah beberapa nasihat dan saranan yang mungkin bermanfaat pada kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan