Premium WordPress Themes

17 April 2011

Tips Menggurangkan Berat Badan

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera untuk kalian semua. Sememangnya berat badan amat mengusarkan dan merimaskan. Hal ini lebih-lebih lagi kepada kaum wanita yang amat sensetif terhadap bentuk badan mereka. Kalau boleh sejak zaman remaja sehinggalah ke hari tua, bentuk badan biarlah seperti kerengga dan minta-mintalah jangan sampai seperti buah tembikai.

Justeru sebelum bentuk badan seperti kerangga itu bertukar seperti buah tembikai mari diamalkan tips berguna ini. Agar berat badan sentiasa ideal kurangkan kadar pengambilan makanan yang berlebihan. Dan banyakan aktiviti yang boleh menggerakan tubuh badan anda seperti bersukan, menari, senam robik, berenang, berbasikal, melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu, mop lantai, lap cermin tingkap, potong rumput sekeliling rumah dan sebagainya lagi aktiviti yang boleh membakar kadar kalori dalam badan. Dengan cara sedemikian kalori yang ada dalam tubuh akan terurai dan terbakar, maka penimbunan lemak pun tidak akan berlaku.

Selain itu cuba disiplinkan tentang cara pemakanan seperti kemampuan untuk mengatur cara pemakanan. Pertama kurangkan kadar makan secara umum, biasanya anda makan satu pinggan nasi, kurangkan kepada setengah pinggan, atau sebelum ini makan roti dua keping, kurangkan kepada satu keping. Ringkasnya makan mengikut keperluan tubuh anda.

Kedua jangan terlalu banyak memakan makanan yang banyak mengandungi kalori, seperti lemak, gula, nasi, mee, roti, minyak samin. Setelah semua saranan tersebut diikuti cuba perbanyakan aktiviti pergerakan tubuh supaya membantu proses metabolisme dalam tubuh. Cubalah berjalan kaki seketika selama 30 minit atau 1 jam, insyallah anda akan merasai perubahan pada berat badan anda dalam jangka masa sebulan atau lebih.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: