Premium WordPress Themes

01 April 2011

Blackberry Monaco/Monza

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Isu seterusnya yang harus saya kongsikan dengan kawan-kawan sekalian ialah tentang munculnya model terbaru Blackberry Monaco atau Touch yang menjadi bualan di kalangan peminat gajet smartphone masa kini. Model terbaru blackberry ini membawakan perubahan yang amat menarik, terutamanya pada aspek kelebaran skrin yang lebih luas. Sudah pastinya target pihak RIM kali ini memudahkan para penggunanya membaca email, blog, web dan bersosial di internet. Mari kita terjah info Blackberry terbaru ini.



Smartphone terbaru keluaran RIM ini dikenali sebagai BlackBerry Touch atau juga dikenali sebagai Monaco. Seperti yang dimakluman sebelum ini model terbaru ini menampilkan kondisi skrin yang lebih besar dan semestinya ianya full touchsreen. Dikahbarkan model terbaru ini menggunakan OS RIM yang terbaru iaitu BlackBerry OS 6.1. Selanjutnya lagi model ini mengunakan 1.2GHz processor, 758MB RAM, 3.7" 800x400 touchscreen, kamera 5 megapixel/video camcorder, 4GB internal storage, Wi-Fi, mobile hotspot, GPS and 3G data connectivity. Dari segi harga masih belum diketahui untuk pasaran Malaysia.
BlackBerry Monaco Touch Features
  • 3.7 ” Touchscreen Display
  • BlackBerry 6.1 OS
  • Powered by 1.2 GHz of Qualcomm processor
  • GPRS/EDGE/GSM
  • 3G with UMTS/HSDPA
  • 5 Mp Camera with AF & LED Flash
  • 720p HD video recording
  • Internal 4GB & Card Slot
  • Wireless LAN WiFi
  • GPS Navigation
  • Bluetooth & USb
  • 768MB of RAM



Tiada ulasan: