Premium WordPress Themes

31 Julai 2011

Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz




Mohd Ashraf  Hafiz Abd Aziz satu nama yang menjadi fenomena baru di Malaysia, apabila membuat permohonan berani menukar namanya kepada Aleesha Farhana. Beliau yang telah membuat pembedahan menukar jantinanya di Thailand dua tahun lalu, membuat permohonan mahkamah agar namanya di tukar di MayKad, namum usahanya tidak berjaya apabila pihak mahkamah menolak.

Walau bagaimanapun Mohd Ashraf telah dimasukan ke hospital kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah yang rendah. Seterusnya doktor mengesahkan bahawa beliau mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau "unstable angina with cardiogenic shock'. Walau bagaimanapun pihak hospital mengesahakan bahawa Mohd Ashraf gagal untuk diselamatkan dan meninggal dunia pada pukul 5 pagi di hospital Sultanah Nur Zahirah.

Siapakah Suara Disebalik Upin & Ipin


Siapakah wajah disebalik suara latar Upin dan Ipin siri kartun yang popular bukan sahaja di Malaysia tetapi juga hingga ke persada antarabangsa. Dengan suara yang manja dan comel siapa sangka Adik Asyiela Putri Azhar 9 tahun mampu memberi satu fenomena kepada industri animasi di Malaysia. Bintang kecil ini amat popular di sekolahnya iaitu di SK Presint 9, Putrajaya. Rakan-rakan sekolahnya amat mesra dengannya dan pihak sekolahnya akan menjemput team Upin dan Ipin ke sekolahnya kelak. Tahniah adik Asyiela semoga terus maju ke hadapan demi memertabatkan industri animasi negara kita.

Koleksi Gambar Kemalangan Ngeri









30 Julai 2011

Gambar iPhone 5




Pelbagai ura-ura yang kedengaran kebelakangan ini berkenaan dengan khabar angin kemunculan iPhone 5 di pasaran kelak. Seperti biasa produk smartphone keluaran Apple sentiasa mendapat perhatian dan sambutan yang agak luar biasa di kalangan para peminatnya.

Namum dari segi rupa bentuk gambar konsep iPhone tersebut, yang dinamakan sebagai iPhone Air oleh pihak Ciccarese agak menarik juga pada pandangan saya. Dan mereka menyatakan bahawa pihak Apple akan melancarkan smartphone ini pada pertengahan bulan september kelak.

Dari Sharif Putra

26 Julai 2011

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan Ahad ini



Assalamulaikum kepada seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia. Sebagai makluman bersama tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Berikut ialah lokasi yang ditetapkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah

Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Seterusnya, Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).

Negeri Sarawak di Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak);

Sabah, Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.

Sumber: Bernama

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

25 Julai 2011

Manusia Tertua Di Dunia Berumur 256 Tahun


Li Chung Yun

Manusia yang pernah hidup sehingga berusia 256 tahun lamanya iaitu Li Chung Yun dari China. Semenjak berumur 10 tahun beliau telah merantau ke beberapa tempat antaranya Kansau, Shansi, Tibet, Annam, Siam dan Manchuria. Sepanjang hayatnya Li mempunyai isteri seramai 24 orang, memiliki anak cucu hingga 11 generasi dan dikatakan mempunyai 200 orang anak.

Li dilahirkan pada tahun 1736 pernah memiliki kuku panjang sekitar 6 inci dan meingggal pada  6 mei 1933. Apakah rahsia panjang umur beliau. Dari kata-kata yang diberikan oleh Li antara rahsia bagaimana usianya sebegitu panjang ialah " Jagalah agar hatimu tetap tenang, duduklah seperti kura-kura, berjalanlah dengan riang seperti merpati dan tidurlah seperti seekor anjing".

24 Julai 2011

Gambar Norman Hakim Dan Memey Suhaiza Di Hari Pengumuman Majlis Perkahwinan.







Tahniah Norman Hakim dan Memey Suhaiza, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Malaysia Juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa.


Malaysia Juara lagi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 yang berlangsung di ibu negara malam tadi.Syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t. Para pemenang ialah Amirrahman Abas dan Suraya Abu Hassan dari Malaysia masing-masing dinobatkan sebagai johan qari dan qariah.

Kedua-dua pemenang juga iaitu Amirrahman dan Suraya juga merupakan johan pada majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Manakala naib johan ialah Saudi M. Gandisa dari Filipina dan Noor Khalidah Kaspul Anwar dari Indonesia. Tempat ketiga pula dimenangi Abdel Bast Mohamed dari Mesir dan Nur Azizah Sholichi dari Singapura. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga Al-Quran terus menjadi asas pegangan dan pedoman seluruh umat islam di muka bumi ini.




19 Julai 2011

Kalimah Allah & Muhammad


Kalimah Allah & Muhamad kelihatan di langit pada perairan laut Cina Selatan. Gambar ini diperolehi dari saudara Hisham Ace yang dirakam menerusi telefon Nokia E71 dari arah Pulau Labuan pada 17/07/2011.

Percaya atau tidak, yakin atau was-was namum inilah hakikatnya yang maha kuasa. Sebenarnya banyak memperlihatkan kekuasaanya pada umat manusia sekalian, hanya manusia itu yang kerap lupa diri begitu juga pada tuhan yang maha agung. Sama-samalah kita mempertingkatkan keimanan pada Allah S.W.T dan Rasulnya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bijak Memilih Kawan


" Kawan kita adalah cerminan sebenarnya siapakah kita".

Jika kawan kita itu seorang yang bijak pandai, maka barang mustahil kebijaksanaanya tak melekat sedikitpun pada diri kita. Namum jika kawan kita seorang kaki pemalas, kerja asyik mengular, kaki tipu, putar belit, pengampu dan segalanya yang teruk-teruk, tidak mustahil diri kita terpalit walau sedikitpun keburukan tersebut. Jadi apa mau tunggu lagi, jauhkanlah diri atau tinggalkan kawan seperti ini. Ini sebenarnya bukan kawan, tetapi lawan kepada hal-hal yang positif.

Teringat masa kecil-kecil dulu, emak bapa kita selalu berpesan, berkawanlah dengan orang baik-baik, insyallah engkau akan beroleh kebaikan darinya walaupun sedikit. Tapi jika berkawan dengan orang yang jahat, maka jahat juga yang engkau dapat.

Ramai di kalangan kita sebenarnya masih alpa dan keliru dalam berkawan. Terutamanya anak-anak remaja kita yang sedang membesar. Mereka keliru untuk memilih kawan. Berkawan dengan perokok maka rokoklah yang mereka pelajari. Berkawan dengan kaki bohong maka pembohonglah jadinya. Maka itu bijaksanalah dalam memilih kawan. Kerana kawan diri kita akan terpesong, kerana kawan juga masa depan kita menjadi gelap. Kerana pengaruh kawan jugalah ramai yang menyesal jatuh bangkrup kerana hutang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

18 Julai 2011

Kelebihan Bulan Ramadhan

Tidak lama lagu kita akan menyambut bulan Ramadhan, justeru marilah kita sama-sama menghayati apakah Kelebihan Bulan Ramadhan.
Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar 'ra-mim-dal', yang bererti "panas" atau "panas yang menyengat". Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud "menjadi panas atau sangat panas", atau diertikan juga sebagai "hampir membakar". Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut 'Siyam' atau 'Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar 'Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.

Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.

Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu 'Lailatul Qadar' di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.

Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.
(Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 185)
Sumber info iluvislam.com

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

17 Julai 2011

Panorama Waterfalls Yang Mempersona

Great and Beautiful Waterfalls
Victoria  Falls

Huangguoshu, Chinna

Angel Falls, Venezuela

Niagara Falls, Canada/USA

Jog Falls, India


Blue Nile Falls, Ethiopia







16 Julai 2011

Keputusan Akhir Malaysia Vs Liverpool


Nampaknya Team Malaysia bermain agak cantik kali ini berbanding sebelum ini Malaysia menentang Arsenal. Segala gerakan agak teratur dan pantas. Sememangnya beginilah corak permainan masa kini, pantas dan tepat.

Pada masa pertama menyaksikan gol yang saya fikir agak kontroversi bagi Liverpool. Pada hemat saya sepakan percuma tersebut tidak harus berlaku sepatutnya. Jika diperhatikan dalam situasi sebegitu semestinya pemain pertahanan Malaysia berusaha untuk menghalang ppemain lawan dan akhirnya pemain lawan kelihatan jelas bergeser dan terjatuh. Malangnya lagi apabila pemain Malaysia dilayangkan kad kuning kerana membantah.

Bagaimanapun inilah yang dikatakan bola sepak, penuh dengan debaran dan percaturan. Namum begitu tendangan percuma yang diberikan kepada pasukan Malaysia, sememangnya saya seperti sudah mengagak, tendangan tersebut akan berjaya oleh Syafiq. Kerana sudut demikian amat digemari oleh Syafiq dan aksi tersebut turut dipamerkan oleh Syafiq ketika Malaysia menentang Taiwan.

Separuh masa kedua menyaksikan kesilapan demi kesilapan berlaku di bahagian pertahanan Malaysia, gol yang tidak sepatutnya berlaku. Namum agak menggembirakan apabila Safee Salleh dibawa masuk oleh Datuk Rajagopal menyumbat dua gol yang saya fikir gol cantik.

Masa kecenderaan akhirnya Liverpool menambahkan lagi koleksi gol mereka menjadikan 6-3 menerusi penyerang kebangsaan Belanda Kuyt. Secara keseluruhan Malaysia 3 Liverpool 6. Tahniah Liverpool dan tahniah juga buat pasukan Harimau Malaya, meskipun kalah namum persembahan tetap mantap.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Keputusan Malaysia Vs Liverpool 16 Julai




Hari ini sama-samalah kita saksikan dua pasukan terbaik bertarung di atas padang. Iaitu pasukan pujaan saya Harimau Malaya menentang team gergasi liga Perdana Inggeris Liverpool pada jam 5.45 petang waktu Malaysia di Stadium Bukit Jalil. Dari sumber informasi http://www.tiketpro.com.my/ jumlah jualan tiket perlawanan telah terjual sebanyak 67,000. Nampaknya jikalau fenomena sebegini kerap berlaku untuk setiap kali perlawanan liga perdana tempatan atau sebagainya di Malaysia, tidak mustahil sukan bola sepak kita bertambah maju dan akan lebih ramai lagi pemain bertaraf bintang dilahirkan.

Pemain Liverpool sedang menjalani sesi latihan

Harapan memang tinggi menjulang agar pasukan Malaysia melakukan sesuatu yang boleh dibanggakan dan menjadi bahan cerita di kalangan kaki bola tanah air. Sayangnya juga dikatakan bahawa pemain hebat seperti Norsharul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan Radzak tidak dapat beraksi pada perlawanan ini, memang mendukacitakan sedikit bagi para peminat melihat pemain pujaan mereka tidak dapat beraksi membantu pasukan Malaysia. Harapan juga agar pihak ASTRO menyiarkan perlawanan ini tidak sebelum ini ketika Malaysia menentang Arsenal, habuk pun tarak, memang banyak kecewa. Tapi dari sumber yang diperolehi kemungkinan perlawanan pada petang ini akan dapat disaksikan menerusi chanel 817, harap-harap betulah informasi ini.

Keputusan Anugerah Planet Muzik 2011


VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU WANITA)
Amanda Imani (Selamilah Cinta)

VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU LELAKI)
Sandhy Sondoro (Bunga Mimpi)

VOKAL TERBAIK (DUO/KUMPULAN BARU)
Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet
Kalau Berpacaran

DUO/KUMPULAN TERBAIK
Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Hamzah
3 Suara

LAGU TERBAIK SINGAPURA
The Lion Story feat. Zahidah
Lagu Teman
Haramain Osman

ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR
Hady Mirza

LAGU TERBAIK MALAYSIA
Hafiz(Awan Nano)
M Nasir Buddhi Hekayat

LAGU TERBAIK INDONESIA
Ari Lasso(Cintailah Aku Sepenuh Hati)
Sandy Canester, Pay & Ari Lasso

LAGU SINGAPURA PALING POPULAR
Hady Mirza(Angkasa)

LAGU SERANTAU PALING POPULAR
Hady Mirza(Angkasa)

ARTIS LELAKI TERBAIK
Faizal Tahir (Adrenalin)

ARTIS WANITA TERBAIK
Rossa (Harmoni Jalinan Nada & Cerita)

KOLABORASI TERBAIK
Dayang Nurfaizah & Marcell(Sayang)
Omar K Nuur Iman

LAGU TERBAIK
Hafiz(Awan Nano)
M Nasir Buddhi Hekayat

ANUGERAH KHAS PLANET MUZIK
Melly Goeslaw

ALBUM TERBAIK
Energi (Kotak)
Pay BIP

ARTIS SERANTAU PALING POPULAR
&
ARTIS SERANTAU PALING POPULAR SELAMA SEDEKAD
Siti Nurhaliza








14 Julai 2011

Toyota Hilux 2012





Melihat gambar-gambar Toyota Hilux 2012 ini, memang mantap dan berkuasa. Boleh dikatakan setiap model baru Toyota dinanti-nantikan oleh para peminatnya di seluruh dunia. Dan yang terkini pihak Toyota telah membuat pratonton pickup trak Hilux untuk pasaran Eropah dengan wajah baru tahun 2012.

Pengubahsuaian pada aksesori bermula dengan bahagian luar , bahagian depan yang direka semula dengan penampilan jeriji sport. Selain itu penampilan kemas, krom, bonet baru, headlamps dan bumper depan. Modifikasi juga kelihatan pada bahagian bumper depan yang direka bentuk semula dengan sayap

Saksikanlah rupa bentuk Totoya Hilux 2012



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.