Salam Manis dan Salam Sejahtera untuk kalian semua. Setiap dari kita semestinya empunya impian, apakah kereta yang kita impikan. Tidak kiralah dalam kelompok mana, kereta impian kita tersebut. Sama ada kelompok mewah ataupun biasa-biasa sahaja. Tetapi yang pastinya kita punyai niat untuk memiliki kereta tersebut, tapi entah bila impian menjadi kenyataan. Untung nasib siapa tau menang peraduan Petronas ke, Shell ataupun dapat lucky draw dari mana-mana bank, semua ini hanya kemungkinan. Bagi saya kereta adalah satu jentera yang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan seharian kita. Bayangkan jika kereta atau kenderaan dipisahkan buat sementara waktu dalam hidup ini, apakah yang terjadi. Tetapi bagi sesetengah individu kereta bukan hanya sekadar sebagai keperluan tetapi lebih kepada kehendak. Kehendak untuk membuat modifikasi supaya kelihatan menawan dan orang lain yang melihatnya pasti tertawan. Kehendak untuk kuasa lebih, maka diubahsuailah enjin kereta tersebut, supaya lebih mantop. Terdapat macam-macam lagi krenah dan perilaku setiap dari kita berkaitan dengan kereta. Berikut adalah beberapa kereta impian bagi saya, entalah korang pula kan..
Foto 1 Nissan 370Z
Foto 2 Mitsubishi Lancer Evolution
Foto 3 BMW M3 E92
Foto 4 Perodua Myvi Aku
Foto 5 Toyota Vigo Saya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan