Premium WordPress Themes

16 Februari 2011

Suplemen Untuk Menurunkan Badan


Salam Manis dan Salam Sejahtera untuk kalian semua. Kebanyakan dari kita inginkan bentuk badan yang cantik, menarik dan menawan. Tetapi kadangkala mengabaikan aspek kesihatan diri, sehinggakan membeli dan mengguna pelbagai suplemen yang merbahaya. Sesetengah produk suplemen yang ada mengandungi perangsang metabolik seperti kafein dan ephedra, dan kedua-dua jenis ini diharamkan di Malaysia. Kafein dan ephedra merangsang termogenik tetapi dalam masa yang sama ia menyebabkan masalah seperti sesak nafas, jantung berdenyut tidak menentu, ketagihan, lesu dan perlu terus mengambil suplemen yang berasaskan bahan tersebut.

Justeru suplemen yang disebutkan ini akan membantu anda sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk menguruskan badan. Sesetengahnya penggunaan bahan herba di rumah amat berkhasiat untuk menguruskan badan anda.

Berkhasiat untuk membantu penghadaman tetapi elakan untuk meminum setiap hari.

  • Air Asam Gelugur
Cuba bancuh secawan air panas dan dicampurkan dengan dua keping asam gelugur serta teh

  • Air Asam Jawa
Secawan teh panas kemudian dicampur dengan satu sudu besar asam jawa

  • Air Limau Nipis
Diminum tetapi jangan dicampur dengan gula. Cuba minum secawan air dengan campuran air limau nipis.

Selamat mencuba tips ini, semoga dapat membantu agar dapat menurunkan berat badan anda.