Premium WordPress Themes

14 Februari 2011

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

Salam Manis dan Salam Sejahtera untuk kalian semua. Apakah hukumnya penganut agama islam menyambut perayaan Valentine's Day ini. Mungkin ada di antara para penganut agama islam kini keliru, kurang jelas, tidak tahu atau memang ada diantaranya tidak dinafikan memang secara sengaja menyambut perayaan ini, meskipun bertentangan dengan hukum. Bagi yang bukan beragama islam tidak ada halangan untuk menyambut perayaan ini. Untuk penjelasan secara detail dan mengelakan kekeliruan mari kita renungkan penjelasan dari Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan  ini.


Sekadar Hiasan

Dari Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah tersebut berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Jadi marilah kita sama-sama memahami maksud disebalik perbincangan tersebut yang terang lagi bersuluh. Sebaliknya marilah kita gantikan pula VD tersebut dengan menyambut hari kelahiran Nabi junjungan kita "Maulidurasul". Tetapi bagi yang non muslim tidak menjadi masalah untuk meraikannya, terpulanglah kepada kepercayaan dan ritual masing-masing.