Premium WordPress Themes

23 Februari 2011

TV3 sahkan Zizan, Dira sebagai pasangan hos baru Melodi

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera kalian. Rancangan Melodi yang bersiar langsung di TV3 sememangnya sudah sebati dan hot di kalangan penonton. Demikian jugalah berita hot yang menyatakan tentang pertukaran pengacara rancangan popular ini. Desus-desus selama ini mengaitkan Zizan Raja Lawak, 27, dan Dira Abu Zahar, 27, bakal menjadi pengacara rancangan hiburan sensasi Melodi ternyata benar setelah pengurusan TV3 mengesahkannya semalam. Ini adalah pengakuan oleh Penerbit Melodi, Azman Abd. Ghafar. Walau bagaimanapun menurut beliau pertukaran pengacara tersebut tidaklah disebabkan oleh timbul permasalahan dengan pengacara asal iaitu Wahid dan Fara, ini adalah prosedur biasa sebagai langkah strategi rancangan ini.

Tiada ulasan: