Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera kalian. Dalam kehidupan seharian kita ini, mungkin terdapat perkara yang kita tidak sedari atau terlintas pandang dari penglihatan serta pengetahuan kita. Ada diantaranya mungkin kurang elok kalau kita perkatan sebagai 'lupa diri, tak sedar diri, tak tahu diri dan seumpamanya yang berkaitan dengan diri kita. Maka itu artikel kali ini menyentuh tajuk yang mungkin boleh dikongsikan dan difikirkan bersama. 3 jenis manusia yang rugi, mari kita ikuti kupasannya.
Jenis 1
Manusia yang tidak pandai cari peluang
Manusia jenis ini memang agak rugi. Boleh dikategorikan sebagai pemalas, lalai, longlai, kalut dan sebagainya yang seangkatanya dengannya. Sedangkan muka bumi ini mempunyai banyak peluang-peluang untuk mengembangkan apa-apa yang patut dikembangkan. Nak buat bisnis, insyallah ada peluang, jikalau rajin. Nak berilmu nesaya ada ruang jika empunya keinginan. Sejak dari dulu lagi kita tengok dan lihat sendiri betapa muka bumi Malaysia ini punyai banyak peluang. Tetapi orang kita, bangsa kita tidak nampak peluang terbentang luas depan mata. Alih-alih orang indon, filipin, thai, kemboja, bangla dan terkini orang kulit hitam berketurunan Afrika membanjiri negara kita. Apa yang sangat menarik perhatian mereka datang ke negara kita ini. Sebabnya ialah negara kita punyai banyak peluang, berniaga, bertani, merompak, mencuri. Soal mencuri ini kita faham-faham ajelah spesis pendatang mana ni, yang buat kerja ni. Jadi motivasinya wahai mereka yang masih tidur bedengkur bangunlah, carilah peluang yang terbentang luas di negara bertuah ini.
Jenis 2
Manusia yang tidak pandai rebut peluang
Manusia jenis ini pula, asyik menyalahkan orang lain sahaja kerjanya, kalau tidak asyik menyalahkan keadaan pula. Itu tak kena, ini tak kena. Akhir-akhirnya menyampah dan peluang lesap begitu sahaja dikebas bangsa lain. Menurut seorang penjual mi soto berbangsa indon yang pernah bersembang dengan saya. Bumi Malaysia ini penuh dengan peluang. Cuma orang-orangnya sahaja tidak pandai rebut peluang. Adui pedas juga kenyataan yang dilembarkannya. Tetapi memang betul pun apa yang dikatakannya. Pada awalnya dia datang ke Malaysia, dia hanya berbekalan beberapa ringgit sahaja. Tetapi sekarang dengan hanya menjual soto di pasar malam, pendapatannya mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. Mak oii lumayannya. Bila fikir-fikir betul juga apa yang dikatakannya. Orang Malaysia tidak pandai rebut peluang. Tetapi bagi saya bukannya semua macam tu, tetapi kebanyakannya. Jikalau tidak kenapa perlu kita mengimport pembantu rumah untuk mengurus, menjaga anak-anak kita. Kenapa perlu kita mengambil pekerja dari indon untuk mengerjakan ladang-ladang sawit kita. Dan banyak lagi contoh yang tak sempat saya sebut satu persatu. Oleh itu seruan saya pada diri saya, ahli keluarga saya dan rakan-rakan di luar sana marilah kita sama-sama bijak merebut peluang yang ada, sebelum semuanya direbut dan dibolot oleh bangsa lain.
Jenis 3
Manusia yang tidak pandai menggunakan peluang
Manusia jenis ini lagi dasyat cara pemikirannya, tingkah lakunya dan perangainya. Peluang sudah terbentang depan mata, tinggal rempat sahaja. Peluang telah diberikan seluas-seluasnya namum, tidak pandai menghargainya. Nikmat telah melutut depan mata, namum kurang pintar menghargainya. Apa punya manusia pun saya kurang pasti. Tamsilannya lebih kurang macam ini. Satu jawatan seperti kerani di salah sebuah jabatan atau badan berkanun. Semestinya jawatan tersebut akan diiklankan oleh jabatan atau syarikat berkenaan. Dengan impian mempunyai kerani yang lebih hebat di kalangan yang datang mengisi borang dan berjaya semasa sesi temuduga. Tetapi apabila dia telah terpilih dikalangan ramai-ramai pemohon tadi, akhirnya dia menjadi pemalas, selalu ponteng, kaki kelentong bos, kaki mc sahaja kerjanya, buat kerja sambil lewa, cuai, lalai, longlai dan akhirnya menyusahkan syarikat, jabatan dan rakan-rakan sekerja. Apa punya manusia jenis ini, memang tepatlah dikatakan manusia tidak pandai menggunakan peluang yang diberikan. Bagi yang mereka yang mempunyai type ketiga ini, fikir-fikirkanlah apa yang telah diri anda lakukan terhadap diri sendiri dan orang sekeliling anda. Anda semestinya penyumbang kepada kegagalan visi dan misi kepada orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan