Premium WordPress Themes

13 Mac 2011

Rahsia Sujud Dalam Solat


Gambar Hiasan- Namum perilakunya betul

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera kalian. Dunia ini bersedih dengan apa yang berlaku di Jepun, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah s.w.t semoga mereka yang terlibat tabah dengan dugaan ini. Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang berada di tempat kejadian,banyakan bersabar, berdoa dan bertawakal kepadaNya. Mari kita sama renungkan apakah rahsia sujud dalam solat sesorang muslim itu apabila dia bersolat. Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk islam setelah dia menemui keajaiban sujud dalam solat daripada penyelidikan yang dilakukannya. Dia amat kagum dengan penemuan penyelidikan tersebut, yang tidak dapat dijangkau dengan pemikiran manusia.

Doktor ini merupakan pakar dalam bidang Neurologi dan setelah memeluk islam, beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan perubatan melalui Al-Quran serta menggunakan kaedah perubatan berasaskan kepada Al-Quran. Apakah rahsia yang diperolehi beliau setelah membuat kajian buat sekian lamanya tentang sistem saraf. Satu penemuan yang beliau temuai ialah terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dapat dimasuki oleh darah. Walhal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat banyak kajian yang agak lama, akhirnya beliau menemui jawapannya. Darah akan memasuki bahagian beberapa urat saraf yang sebelum ini gagal dimasuki hanya menerusi sujud dalam solat. Hal ini bermakna bahagian-bahagian tertentu yang gagal di masuki darah, hanya boleh dimasuki darah dengan hanya bersujud dalam solat. Umat Islam bersolat 5 waktu wajib dalam sehari dan tidak termasuk solat-solat sunat. Alangkah terkejutnya beliau apabila memperolehi keputusan yang ajaib ini yang akhirnya dia beriman kepada Allah s.w.t.

Tiada ulasan: