Premium WordPress Themes

29 Mac 2011

Smartphone Konsep Nokia N18

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Syarikat Nokia merupakan pengeluar telefon bimbit yang boleh dikatakan amat kreatif dalam membuat dan menghasilakan setiap daripada model-model telefon mereka. Boleh dikatakan sejak dari dulu lagi, setiap model yang dikeluarkan akan mendapat sambutan yang amat menggalakan dari kalangan pengguna di seluruh dunia. Cuma sejak kebelakangan ini Nokia mengalami saingan yang amat sengit dari jenama-jenama yang lain seperti Apple, Blackberry, Samsung dan banyak lagi. Namum begitu pihak Nokia tidak duduk berdiam diri, secara senyap-senyap terdapat maklumat yang diperolehi dari mynokiablog N18 akan menemui para peminat Nokia kelak. Cuma tarikh akan menemui para peminatnya tidak diketahui. Walau bagaimanapun bolehlah layan gambar-gambar model konsep N18 ini.



Berikut adalah spesifikasi N18
  • Symbian^3
  • Dual-core 1Ghz , PowerVR SGX540 GPU
  • 512 RAM
  • 480 x 800 pixels, 4.0 inches
  • Gorilla Glass display (CBD AMOLED)
  • 3.5mm jack
  • internal 16 GB, external 64 GB
  • 8mp Carl Zeiss (autofocus), 1/1.83” sensor size, ND filter, geo-tagging, face detection
  • 1080p @30fps
  • capacitive multi-touch screen
  • Anodized Aluminum casing
  • NFC (Near Field Communication)
  • USB OTG


Tiada ulasan: