Premium WordPress Themes

16 Mac 2011

Ayat Al-Quran Tertulis Di Badan Budak

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Memang menakjubkan dan memeranjatkan kejadian yang dialami oleh seorang kanak-kanak yang bernama Ali Yakubov seorang bayi lelaki yang berumur sembilan bulan di wilayah Dagestan, Selatan Rusia. Majlis Mufti Rusia sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit budak tersebut adalah benar.

Foto 1 Berita Minggu

Foto 2 Ayat al-Quran tertulis di paha dan kaki Ali

Foto 3

Foto 4

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan beberapa orang imam mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari isnin dan jumaat. Ayat ini akan bertukar-tukar dengan mempamerkan pelbagai maksud dan intipati. Salah satu ayat suci al-Quran yang pernah terpampang di anggota badan Ali ialah berbunyi " Allah ialah pencipta segala yang ada". Kejadian aneh ini membuatkan Ali menangis  dan suhu badannya meningkat apabila ayat suci al-Quran ini bertukar kepada ayat yang baru. Dikatakan juga semasa kelahiran Ali dia di sahkan mengidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak, walau bagaimanapun segala penyakit tersebut sembuh dengan sepenuhnya apabila ayat-ayat suci al-Quran mula muncul di badannya. Kepada rakan-rakan yang seangkatan dengan saya, marilah kita bersama-sama menguatkan lagi takwa dengan Allah s.w.t, segala kejadian ini merupakan kuasa Allah s.w.t yang mengendaki agar para manusia memikirkan apakah hikmah disebalik kesemua ini. Subhanalah...

Tiada ulasan: