Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Apa khabar semua, harapan dari saya agar semuanya berjalan seperti biasa. Yang sihat alhamdulilah, yang tengah sakit silakanlah beriktiar mencari pengubatnya. Tetapi jikalau rohani yang sakit bagaimana hendak menjawabnya. Jawapannya ada pada diri masing-masing. Baiklah mari kita terjah sebuah cerita yang mungkin sedikit mengelisahkan dan merimaskan sesetengah pihak, namum niat penulis bukanlah hendak membuka pekung di dada, tetapi hanyalah untuk memperingatkan dan menilai kembali sejauh mana kualiti diri kita, bangsa kita dan yang sewaktu dengannya. Cerita ini ialah berkisarkan dua jenis ketam, antaranya ketam melayu dan ketam cina.
Kisahnya begini, pada suatu hari ada seorang tua yang baru sahaja balik dari mengambil hasil tangkapan ketamnya di bakau. Seperti biasa si tua boleh dikatakan setiap hari pergi menangkap ketam dengan tabah dan tenang menanti. Namum yang peliknya kali ini, hasil tangkapannya agak lumayan sehinggakan mencecah dua bakul besar. Hati si tau amat gembira dengan rezeki yang dikurniakan padanya pada hari tersebut. Kejadian sebegini amat jarang berlaku di kalangan rakan-rakan yang lain, apa tak lagi bagi si tua, seumur hidupnya, inilah kali pertama dia memperolehi hasil yang sebegitu banyak. Tambah menghairankan lagi si tua, ketam yang diperolehinya mempunyai dua jenis warna yang berlainan, iaitu satu kelompok berwarna coklat dan yang satu kelompok lagi berwarna keputih-putihan. Ketam tersebut dimasukan dalam dua bakul yang berasingan iaitu ketam berwarna coklat dan keputihan dengan menutup kedua-dua bakul tersebut.
Namum apa yang berlaku selepas itu si tua amat terperanjat melihat kejadian yang berlaku di depan matanya. Bakul ketam coklat dan keputih-putihan yang sebelum ini tertutup rapi, terbuka oleh sebab perbuatan ketam -ketam itu sendiri. Si tua tekun melihat kejadian aneh yang berlaku di depan matanya, dia mengamati apakah sebenarnya yang sedang berlaku. Kejadiannya begini, bakul ketam coklat yang sebelum ini tertutup rapi terbuka kerana perbuatan di kalangan ketam itu sendiri. Lalu ketam yang berjaya membuka penutup bakul tersebut perlahan-lahan memanjat bakul untuk keluar. Namum yang menghairankan si tua ketam-ketam lain yang masih berada di bawah bakul menarik ketam lain yang sedang memanjat untuk keluar. Kejadian ini berlanjutan sehinggalah tiada seekor ketam pun yang terkeluar kerana di tarik oleh rakan-rakanya lalu jatuh ke dasar bakul semula.
Tetapi apa pula yang berlaku kepada ketam berwarna keputih-putihan tersebut. Si tua bertambah kusut melihat dan memikirkan kejadian sekelompok ketam ini. Beberapa ekor ketam memanjat bakul dan membuka penutup serta menarik rakan-rakanya keluar dari bakul sehinggalah tiada lagi ketam lain di dalam bakul tersebut. Peristiwa ini membuatkan si tua termenung berhari-hari memikirkan apakah maksud yang tersirat di sebalik dua peristiwa yang berlainan ragam pada ketam-ketam tersebut.
Akhirnya setelah si tua berfikir buat ke sekian lamanya, barulah dia memahami apakah maksud peristiwa yang disaksikannya sebelum ini. Hal ini hanyalah sebentuk, sejenis dan seuntai tamsilan penuh bermakna. Bakul yang berisi ketam coklat tersebut adalah merupakan jelmaan atau tamsilan sikap dan perilaku orang melayu yang tidak senang dengan kemajuan, kesenangan, kelebihan bangsanya sendiri. Pantang tengok kawanya, rakannya, dan bangsanya maju maka akan terselitlah perasaan hasad dengki, sakit hati, cemburu dan ada sesetengahnya mengupah bomoh supaya suadaranya tadi akan hilang kekayaannya, kesenangannya, ketenteramannya dan kelebihannya. Perbuatan ketam coklat yang menarik rakanya yang sedang memanjat bakul tadi samalah seperti yang disebutkan tadi. Bila sudah melihat saudaranya lebih sedikit darinya mulalah mencari iktiar bagaimana untuk menarik supaya jatuh lingkup.Sedar tak sedar hal ini berlaku dalam masyarakat melayu kita. Tidak semuanya tetapi kebanyakannya. Fikir-fikirkanlah.
Manakala si ketam yang keputih-putihan tadi rupanya-rupanya jelmaan dari sikap orang cina, yang suka bantu membantu sesama mereka. Apabila seseorang berada di atas maka mereka akan menarik rakan yang masih berada di bawah, dan akhirnya semuanya berada di atas. Maka itulah ketam tadi saling tolong menolong menarik keluar antara satu sama lain. Orang cina memang macam itu sikap dan perilakunya. Pernah suatu hari penulis pergi ke sebuah kedai yang menjual telefon untuk membeli telefon. Tetapi mulanya rasa kecewa juga apabila tauke cina tersebut memberi tahu bahawa telefon yang saya kehendaki tersebut out of sale, tetapi lantas tauke tersebut memberi tahu pada saya, jangan susah ati maa, nanti saya tanya sama kawan saya sebelah, mana tau ada. Saya tertunggu-tunggu buat seketika, adakah betul kata tauke tersebut atau saya pasti kena kencing. Tetapi sangkaan saya salah, tauke tersebut membawakan pada saya telefon yang saya kehendaki tersebut. Rupa-rupanya dia pergi ke kedai rakanya di sebelah untuk mengambil telefon tersebut untuk dijual kepada saya. Saya amat tertarik dengan budaya yang luar biasa bagus ini. Walaupun pada hari tersebut telefon yang saya kehendaki habis stok tetapi dia tidak menghampakan saya sebagai pelanggan dan dalam masa yang sama dia turut membantu rakannya menjual barangannya.
Sesungguhnya dari kisah ketam melayu dan ketam cina ini, dapat memberikan saya motivasi dan peringatan untuk tidak terjerumus seperti ketam coklat tadi. Marilah kita sama-sama bersikap positif dan berdaya saing sesama kita agar bangsa kita dihormati. Kisah ini hanyalah merupakan tamsilan untuk dijadikan bahan motivasi dan ianya tidak menyentuh hal-hal sensetif mana-mana kaum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan