Premium WordPress Themes

27 Mac 2012

Rumor iPhone 5

Bilakah iPhone 5 bakal dilancarkan, dari cerita-cerita yang tersebar luas, iPhone 5 adalah merupakan model terbaik di antara model-model sebelum ini diilhamkan oleh Steve Job sebelum meninggal dunia tahun lepas.
Dari khabar angin juga mengatakan model ini bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini dan seperti biasa pihak Apple amat berahsia tentang produk mereka.
Antara kelainan dan teknologi baru yang bakal dibawakan oleh iPhone 5 kelak, berkemungkinan bakal menggunakan layar 4.6 Inci dan menggunakan Retina Display. Selain itu yang kini telah dipatenkan oleh pihak Apple ialah "Binding Protocol" iaitu satu ciri istimewa penghantaran data seperti fail, gambar, video dan data lain.
Penghantaran data ini dilihat begitu baik kerana data boleh dihantar pada rakan berbual ketika sedang menelefon.
Sebenarnya para peminat Apple kerap kali dikejutkan oleh produk-produk Apple seperti sebelum ini pada iPhone 4S iaitu Siri.

24 Mac 2012

Jom Bersosial Menerusi Twitter

Assalamulaikum dan Sejahtera sekalian kepada seluruh rakan-rakan blogger, fotografer, kaum sahabat dan follower blog saya ini, dengan segala hormatnya, saya menjemput bersosial menerusi social networking yang kian popular iaitu Twitter..jom saling follow menerusi akaun twitter saya @sharifputra

15 Mac 2012

Samsung Galaxy S3 Bakal Dilancarkan Pada Bulan Jun

Setelah Galaxy s2 mendapat sambutan yang amat menggalakan di seluruh dunia , kini pihak samsung bakal menampilkan model terbaru iaitu Galaxy s3.

Dari khabar angin yang diperolehi ialah sistem operasi yang bakal digunakan ialah Android Ice Cream Sandwich, skrin seluas 4.8-inci dengan HD Super AMOLED Plus, cip pemprosesan empat-teras 1.5 GHz,  dan yang lebih dasyat lagi ialah kamera belakang 12-megapixel, dan menyertakan rekabentuk badan berasaskan seramik.   Dikhabarkan juga kemungkinan galaxy s3 akan muncul pada bulan Jun kelak.


Sent from my iPhone 4S

13 Mac 2012

Tayang Seluar Dalam Sebagai Trend

Tayang seluar dalam seperti satu trend menyeronokan pula sejak kebelakangan ni, apa yang seronok sangat tu, tidakkah mereka ni berasa rimas bila semua mata tertumpu melihat barang free. Ni serupa macam tak pakai apa-apa jugalah ceritanya. Mari kita ambil motivasi disebalik fesyen tak bermoral ni

12 Mac 2012

Nokia Windows 8 tablet dengan pemproses dwi- teras yang dijangka pada Q4 2012

Pihak Nokia dijangkan bakal melancarkan tablet pertama mereka, yang beroperasi bersama dengan platform Windows 8 sekitar akhir tahun 2012 kelak,hal ini kerana mengikut pihak DigiTimes,terdapat beberapa khabar angin mengenai Nokia bakal melancarkan Windows 8 tablet pada pertengahan tahun 2012. Tablet ini dijangka menampilkan paparan 10 inci dan akan dikuasakan oleh pemproses dwi- teras Qualcomm. Nampaknya tablet Nokia ini bakal memberi saingan segit kepada tablet yang lain kelak. Antara sebabnya ialah aplikasi microsoft windows seperti words bakal disertakan sekali secara terbina bersama tablet tersebut.