Premium WordPress Themes

Memaparkan catatan dengan label Aneh yang benar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aneh yang benar. Papar semua catatan

06 Jun 2011

Pengemis Cantik Di China


Jika diperkatakan pengemis, semestinya kita terus terbayangkan wajah yang comot, kotor, jijik, pakaian compang camping, berbau, koyak rabak dan sebagainya yang tak baik-baik.

Tetapi berlainan pula jadinya dengan seorang pengemis perempuan muda di China ini. Pengemis ini jika kita perhatikan betul memang cantik dan cute. Mengapalah sampai mengemis begitu sekali. Gadis ini pernah menjadi bahan bualan di forum-forum, web dan blog di China sebelum ini. Alasan yang diperolehi ialah gadis ini terpaksa mengemis kerana hendak menyara hidup adiknya. Ada juga yang memberi saranan agar gadis pengemis ini berkahwin dengan orang kaya dan ada juga bercadang agar dia menjadi pelacur.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

02 Jun 2011

Sempadan Lautan



Kita sering diperlihatkan dan diperdengarkan dengan macam-macam kejadian, peristiwa serta objek yang menakjubkan. Semua ini datangnya dari kuasa yang maha esa iaitu Allah s.w.t.

Seperti kejadian lautan yang luas terbentang namum mempunyai sempadan. Agak pelik dan aneh kejadiaan ini. Bagaimana ahli sains, bijak pandai dan golongan agama mentafsirkannya. Pendek kata seperti biasa sebagai umat islam kita hanya mampu mengucapkan ungkapan "subahanallah" maha kuasa Allah yang menjadikan sesuatu itu, supaya manusia berfikir.

Lokasi lautan bersempadan ini( oceans borders or merging oceans) ialah di lautan Alaska. Dan bukti kekuasaan Allah s.w.t ini jelas terkandung di dalam al-quran

" ia biarkan air laut(yang masin dan yang masin) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Diantara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya."(Ar-Rahman : 19-20).


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

31 Mei 2011

Fakta Penting

Gambar Hiasan

1. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

2. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah.

3. Jika usus kecil sesorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

4. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

5. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

6. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 km dalam tubuh manusia.

7. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

18 Mac 2011

Makanan Pelik menjadi kegemaran di China

Mari kita layan gambar-gambar makanan-makanan pelik namun menjadi kegemaran di negara China. Seperti sedia maklum negara China merupakan negara yang serba kreatif dalam apa jua aspek, tidak ketinggalan juga pada citarasa makanan mereka, yang kita rasa pelik. Namum pada mereka sedap dan enak.

Kalau taj silap ni jengking





16 Mac 2011

Ayat Al-Quran Tertulis Di Badan Budak

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Memang menakjubkan dan memeranjatkan kejadian yang dialami oleh seorang kanak-kanak yang bernama Ali Yakubov seorang bayi lelaki yang berumur sembilan bulan di wilayah Dagestan, Selatan Rusia. Majlis Mufti Rusia sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit budak tersebut adalah benar.

Foto 1 Berita Minggu

Foto 2 Ayat al-Quran tertulis di paha dan kaki Ali

Foto 3

Foto 4

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan beberapa orang imam mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari isnin dan jumaat. Ayat ini akan bertukar-tukar dengan mempamerkan pelbagai maksud dan intipati. Salah satu ayat suci al-Quran yang pernah terpampang di anggota badan Ali ialah berbunyi " Allah ialah pencipta segala yang ada". Kejadian aneh ini membuatkan Ali menangis  dan suhu badannya meningkat apabila ayat suci al-Quran ini bertukar kepada ayat yang baru. Dikatakan juga semasa kelahiran Ali dia di sahkan mengidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak, walau bagaimanapun segala penyakit tersebut sembuh dengan sepenuhnya apabila ayat-ayat suci al-Quran mula muncul di badannya. Kepada rakan-rakan yang seangkatan dengan saya, marilah kita bersama-sama menguatkan lagi takwa dengan Allah s.w.t, segala kejadian ini merupakan kuasa Allah s.w.t yang mengendaki agar para manusia memikirkan apakah hikmah disebalik kesemua ini. Subhanalah...

13 Mac 2011

Rahsia Sujud Dalam Solat


Gambar Hiasan- Namum perilakunya betul

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera kalian. Dunia ini bersedih dengan apa yang berlaku di Jepun, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah s.w.t semoga mereka yang terlibat tabah dengan dugaan ini. Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang berada di tempat kejadian,banyakan bersabar, berdoa dan bertawakal kepadaNya. Mari kita sama renungkan apakah rahsia sujud dalam solat sesorang muslim itu apabila dia bersolat. Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk islam setelah dia menemui keajaiban sujud dalam solat daripada penyelidikan yang dilakukannya. Dia amat kagum dengan penemuan penyelidikan tersebut, yang tidak dapat dijangkau dengan pemikiran manusia.

Doktor ini merupakan pakar dalam bidang Neurologi dan setelah memeluk islam, beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan perubatan melalui Al-Quran serta menggunakan kaedah perubatan berasaskan kepada Al-Quran. Apakah rahsia yang diperolehi beliau setelah membuat kajian buat sekian lamanya tentang sistem saraf. Satu penemuan yang beliau temuai ialah terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dapat dimasuki oleh darah. Walhal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat banyak kajian yang agak lama, akhirnya beliau menemui jawapannya. Darah akan memasuki bahagian beberapa urat saraf yang sebelum ini gagal dimasuki hanya menerusi sujud dalam solat. Hal ini bermakna bahagian-bahagian tertentu yang gagal di masuki darah, hanya boleh dimasuki darah dengan hanya bersujud dalam solat. Umat Islam bersolat 5 waktu wajib dalam sehari dan tidak termasuk solat-solat sunat. Alangkah terkejutnya beliau apabila memperolehi keputusan yang ajaib ini yang akhirnya dia beriman kepada Allah s.w.t.

Juruterbang Tanpa Tangan

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera kalian. Banyak perkara, benda dan kejadian yang pelik-pelik berlaku di sekililing kita. Namum terpulanglah kepada diri masing-masing untuk membuat penilaian dan kesimpulan. Natijahnya cubalah ambil iktibar, teladan dan sempadan. Bagi yang seangkatan dengan saya semuslim, marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan rasa kekaguman dengan ciptaan Ilahi. Saya yakin dengan setiap kejadian, perkara dan sesuatu itu bukanlah perkara sia-sia, tetapi pasti ada hikmahnya. Mari kita layan gambar-gambar wanita istimewa ini, iaitu Jessica Cox yang menjadi wanita pertama yang berjaya menerbangkan pesawat dengan hanya menggunakan kaki.  Dia telah berjaya membuktikan bahawa meskipun beliau seorang yang cacat, namum itu bukanlah alasan untuknya menerbangkan sebuah pesawat .

Foto 1 Semasa waktu kecil

Foto 2 Menulis dengan kaki. Beruntungnya bagi mereka yang empunya full pakej

Foto 3 Semasa latihan

Foto 4

Foto 5