Premium WordPress Themes

Memaparkan catatan dengan label Citra Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Citra Kesihatan. Papar semua catatan

02 Oktober 2011

Nescafe Memudaratkan Kesihatan

Tanpa banyak mengkaji, meneliti dan prihatin terhadap apa yang kita makan dan minum setiap hari, sebenarnya menjadi penyumbang kepada bahaya pada kesihatan diri kita. Tambahan lagi apabila makanan atau minuman itu dibungkus dengan cantik dan menawan sehinggakan menggaburi kita dan lupa meneliti apakah kandungan, risiko serta khasiatnya.

Dari itu sempat juga kiranya saya mencari maklumat berkaitan dengan minuman nescafe ini, tapi lebih memberi fokus pada nescafe 3 in 1. Antara risiko yang boleh memudaratkan kesihatan kita ialah, minuman ini tidak baik dan merosakan buah pinggang. Manakala krimer yang terdapat di dalam campuran minuman ini menyebabkan jantung rosak, krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit( non dairy creamer).

Berikut beberapa tanda-tanda kesan dari pengambilan 3 in 1.
-Sering sakit dada
-Kurang daya tahan terhadap panas terik matahari, byk berpeluh dan tidak selesa.
-Jantung kerap berdebar-debar dan diikuti dengan dahi berpeluh.

Dari Sharif Putra

02 Jun 2011

Punca Perut Buncit

Siapa yang tak nak perut mereka yang kempis, slim dan ramping. Rasanya semua orang nak macam tu kan. Perut buncit sinonim dengan gaya hidup sesorang itu yang mungkin makan agak berlebihan dengan tenaga yang digunakan. Akibat tabiat pemakanan yang tidak teratur mengakibatkan pengumpulan lemak di bahagian perut dan ini mempunyai risiko untuk diserang pelbagai penyakit.

Mari kita tengok apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya perut buncit ini.

1. Pengambilan makanan berlemak secara berlebihan dari kegunaan badan dari yang sepatutnya.

2. Kurang bersenam atau bersukan asyik sibuk dengan kerja, perniagaan atau sebagainya. Namum sebaliknya perut semakin buncit.

3. Gaya hidup dan stail pemakanan yang tidak smart, main sumbat dan cerna sahaja.

4. Gaya hidup yang tidak seimbang, lebih banyak rehat, duduk atau baring. Hati-hati bagi mereka yang kerja banyak duduk dari berdiri contohnya penyampai radio.

5. Pengambilan makanan yang tidak terkawal ketika mengandung. Apa yang dikehendaki semuanya diturutkan. Akibatnya perut pula membuncit.

6. Perubahan hormon pada wanita ketika hamil

20 April 2011

Makanan Untuk Meningkatkan Penampilan

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Berkata tentang penampilan diri pastinya semua orang akan faham, kalau faham sedikitpun jadilah, kalau langsung tak faham, buat-buat faham je la ya. Penampilan adalah sesuatu yang subjektif diperkatakan, ianya adalah mengikut kehendak seseorang itu dan bagaimana sesebuah masyarakat atau seseorang itu membuat kesimpulan tentang penampilan itu. Ada orang berpendapat seseorang gadis yang berpenampilan berseluar ketat dan berbaju sendat adalah lawa dan seksi, tetapi pada pandangan orang lain pula menyampah. Selain itu juga ada orang berpendapat orang yang mempunyai penampilan bentuk badan yang gempal itu menarik dan yang kurus kering itu kurang menarik. Jadi boleh dikatakan bahawa penampilan itu adalah tanggapan yang subjektif.

Mari kita borak-borak seketika apa dan bagaimana makanan itu boleh meningkatkan penampilan diri. 'Kulit' manusia adalah sesuatu yang sentiasa berubah, kulit akan berubah mengikut beberapa faktor seperti faktor usia, persekitaran dan makanan. Namum fokus kali ini ialah pada makanan. Bagaimana makanan itu mempengaruhi kulit.

Vitamin A
Vitamin A dianggap sebagai nutrisi yang paling baik bagi kesihatan kulit kerana dapat menambah kelembutan dan kesihatannya serta dapat mengurangkan kekeringan pada kulit dan pada kornea mata.

Wortel dianggap sebagai makanan yang paling banyak mengandungi vitamin A. Dengan memakan wortel sebiji dalam sehari akan dapat mencukupi keperluan tubuh pada vitamin A. Vitamin A banyak tersimpan pada minyak hati ikan, minyak aprikot, bayam dan sayur-sayuran daun.

Vitamin B6
Vitamin B6 banyak terkandung di dalam buah pisang dan biji-bijian yang tidak dibuang kulitnya, jamur, sayuran, daging ayam, telur, hati, kembiri, ragi(enzim) dan juga daun-daun hijau.

Akibat dari kurangnya vitamin B6 akan menyebabkan kulit berminyak, berjerawat, dan berbintik-bintik hitam pada wajah.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

17 April 2011

Tips Menggurangkan Berat Badan

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera untuk kalian semua. Sememangnya berat badan amat mengusarkan dan merimaskan. Hal ini lebih-lebih lagi kepada kaum wanita yang amat sensetif terhadap bentuk badan mereka. Kalau boleh sejak zaman remaja sehinggalah ke hari tua, bentuk badan biarlah seperti kerengga dan minta-mintalah jangan sampai seperti buah tembikai.

Justeru sebelum bentuk badan seperti kerangga itu bertukar seperti buah tembikai mari diamalkan tips berguna ini. Agar berat badan sentiasa ideal kurangkan kadar pengambilan makanan yang berlebihan. Dan banyakan aktiviti yang boleh menggerakan tubuh badan anda seperti bersukan, menari, senam robik, berenang, berbasikal, melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu, mop lantai, lap cermin tingkap, potong rumput sekeliling rumah dan sebagainya lagi aktiviti yang boleh membakar kadar kalori dalam badan. Dengan cara sedemikian kalori yang ada dalam tubuh akan terurai dan terbakar, maka penimbunan lemak pun tidak akan berlaku.

Selain itu cuba disiplinkan tentang cara pemakanan seperti kemampuan untuk mengatur cara pemakanan. Pertama kurangkan kadar makan secara umum, biasanya anda makan satu pinggan nasi, kurangkan kepada setengah pinggan, atau sebelum ini makan roti dua keping, kurangkan kepada satu keping. Ringkasnya makan mengikut keperluan tubuh anda.

Kedua jangan terlalu banyak memakan makanan yang banyak mengandungi kalori, seperti lemak, gula, nasi, mee, roti, minyak samin. Setelah semua saranan tersebut diikuti cuba perbanyakan aktiviti pergerakan tubuh supaya membantu proses metabolisme dalam tubuh. Cubalah berjalan kaki seketika selama 30 minit atau 1 jam, insyallah anda akan merasai perubahan pada berat badan anda dalam jangka masa sebulan atau lebih.

08 April 2011

Saranan dan Nasihat

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera, semoga dihari jumaat yang baik ini membawa kebahagian kepada kita semua. Sebenarnya dalam menjalani kehidupan seharian kita akan menghadapi saat suka duka, sihat dan sakit. Justeru itu ketika kita sihatlah perlu kita beringat pada diri serta insan yang kita kasihi tentang aspek kesihatan. Mari kita ikuti saranan dan nasihat demi kesihatan diri kita terutamanya. 

1. Segera lakukan pemeriksaan kesihatan ketika terjadi gangguan kesihatan.

2. Tidak berlebihan memakan ubat-ubatan dengan tujuan cepat sembuh.

3. Awasi dengan cermat kesihatan gigi dan tubuh anda secara keseluruhan.

4. Tidur dengan secukupnya sekitar 6 hingga 8 jam.

5. Cuba hindari tidur di dalam bilik yang kurang peredaran udaranya.

6. Tidak mengangkat bebanan yang terlalu berat.
 Demikianlah beberapa nasihat dan saranan yang mungkin bermanfaat pada kita.

This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60198094775
You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.
This message can be viewed as it was originally intended
To view this message as it was originally intened click on the button below...

05 Mac 2011

Anti Rokok

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera kalian. Gaya Mutu Keunggulan , itulah salah satu slogan yang digunapakai oleh salah satu produk rokok untuk melariskan produk mereka. Kemudian apakah makna yang tersirat di sebalik nama Dunhill. Bagi penggemar rokok sudah pasti mereka memahami apakah makna di sebalik nama rokok kegemaran masing-masing. Misalnya DUNHILL lebih kurang macam ini maknanya D-Dunia U-Umpama N-Neraka H-Hidup I-Ibarat L-Layang L-Layang. Kelakar juga bunyinya, tetapi terpulanglah kepada diri masing-masing untuk mengukur sejauhmana kelakarnya makna di sebalik nama DUNHILL tersebut. Seterusnya mari kita lihat beberapa koleksi gambar-gambar yang memaparkan betapa seronoknya rokok dan merokok. Ampun maaf jangan marah bagi yang sewaktu dengannya ya.

Bahaya untuk paru-paru

Siling Rumah yang kreatif

Wow cantiknya gigi

Seperti Timer Boooommm

Seperti satu ugutan untuk si perokok