Premium WordPress Themes

Memaparkan catatan dengan label Ipad 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ipad 2. Papar semua catatan

26 April 2011

Harga IPad 2 Malaysia

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Rasanya sudah lama menanti, asyik tertanya-tanya dan sebagainya berkenaan dengan produk Apple  IPad 2 ini. Kejayaan siri pengenalan pada IPad 1 sebelum ini membuatkan pihak Apple lebih bersemangat untuk membuat siri pembaharuan kepada model baru iaitu IPad 2.

IPad 2

Kini IPad 2 dikhabarkan akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada tanggal 28 April ini. Segala spesifikasi tentang produk ini sudahpun diketahui ramai oleh kalangan para peminatnya, cuma hanya tinggal yang menjadi teka teki sehingga kini ialah berapakah harganya.

Untuk itu di sini terdapat beberapa butiran harga berkenaan dengan produk baru ini mengikut perkiraan oleh salah sebuah laman teknologi iaitu http://www.mobile88.com/

WiFi version:

16GB    RM1599
32GB    RM1899
64GB    RM2199
 

WiFi + 3G version:

16GB   RM1999
32GB   RM2299
64GB   RM2599
 

Smart Cover Poly:  RM150
Smart Cover Leather:  RM250

04 Mac 2011

iPad 2 Kini Muncul

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera Kalian. Apa khabar saudara dan saudari diharapakan luar biasa bagusnya. Mari kita bercerita pasal komputer tablet terbaru ini iaitu iPad 2 kini muncul dengan penambahan dan peningkatan yang membrangsangkan. Siapa sahaja yang melihatnya pasti terpersona, tetapi setakat ini harganya masih belum diketahui lagi berapa. Sama-samalah kita tunggu kehadirannya di Malaysia.

Sudut Depan

Sudut Belakang
Terdapat dua kamera, depan dan belakang untuk Facetime


Menggunakan Processor A5

Penggunaan Komputer-Tablet telah menjadi satu trend terkini di kalangan masyarakat. Dan untuk memenuhi permintaan yang mendadak ini pelbagai tablet muncul di pasaran seperti Samsung Galaxy Tab,Acer,Toshiba, HTC Flyer dan banyak lagi tidak sempat di nyatakan satu persatu.