Lagi gambar-gambar yang berkaitan dengan model terbaru MYVI yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 16 Jun ini di PWTC oleh Perdana Menteri Malaysia.
Memaparkan catatan dengan label Kereta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kereta. Papar semua catatan
03 Jun 2011
01 Jun 2011
Proton Tuah Dipamerkan Di Yokohama, Jepun
Proton Tuah
Model Konsep Proton Tuah yang dipamerkan di Automotive Engineering Exposition ,Jepun dikatakan adalah sebagai model gantian kepada Persona atau Persona R. Proton Tuah ini dikatakan mempunyai ciri-ciri teknologi seperti menawarkan photo chromatic glass roof, LED fog lamp, lampu belakang LED, door handle berlampu, spoiler boleh laras dan banyak lagi yang pasti mengejutkan para peminat kereta tempatan. Apa tak lagi berdasarkan kepada citarasa masyarakat tempatan yang suka mengubah suai kenderaan kepada yang lebih menarik. Jawapannya ialah Proton Tuah yang harus mendapat tempat di hati para penggemar kereta. Syabas dan tahniah kepada Proton dengan kesungguhan yang ditunjukan, rakyat Malaysia pasti gembira dengan berita kemunculan Proton Tuah ini, semoga impian menjadi kenyataan.
Semua foto adalah sumber ihsan dari http://www.sembang-auto.com/
24 Mei 2011
MYVI 2011 Spyshot
2011 dikhabarkan pihak Perodua akan melancarkan model terbaru mereka iaitu MYVI. Sama ada terus menggunakan nama keramat ini sebagai nama kepada model terbaru ini atau tidak sama-samalah kita nantikan. Seperti sedia maklum sebelum ini Perodua MYVI adalah merupakan produk killer yang telah menduduki ranking pertama dalam jualan beberapa tahun sehingga kini. Ini menunjukan kecenderungan masyarakt Malaysia lebih kepada model ini. Sebabnya mungkin rekabentuk yang cute, cantik dan power.
Saya sendiri telah menggunakan Perodua MYVI sejak model pertama lagi dan sehingga kini masih dalam baik. Dikatakan juga kuasa enjin untuk model terbaru ini ialah 1.5 dan yang selebihnya mari kita saksikan foto spyshot tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
CUSCO Beli Proton Satria Neo
Pihak pengeluar komponen kereta terkenal Jepun mengesahkan membeli sebanyak 30 buah Proton Satria Neo untuk digunakan dalam sukan Rali. Pihak CUSCO sememangnya satu jenama yang cukup sinonim dalam arena sukan Rali antarabangsa tersebut akan menjual semula kereta tersebut setelah mendapat sentuhan daripada pihak mereka.
Penghantaran Satria Neo akan dibuat secara CBU ke matahari terbit itu, yang juga merupakan satu lembaran sejarah buat pengeluar kereta nasional setelah menembusi pasaran Jepun yang juga merupakan pengeluar kenderaan terbesar dunia. Tahniah kepada pihak Proton atas kejayaan ini. Semoga terus memancu arus pembangunan industri permotoran negara dengan menghasilkan model-model bertaraf antarabangsa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Langgan:
Catatan (Atom)









