Premium WordPress Themes

Memaparkan catatan dengan label Gajet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gajet. Papar semua catatan

28 Mei 2011

Nokia W10 Windows Phones 7

Akan muncul kelak Nokia W10 7 dengan speksifikasi yang baik. Membawakan platform microsoft windows phone 7 nampaknya satu siri pengenalan baru dari kerjasama antara pihak Nokia dan Microsoft.

Dari paparan screen, nampaknya smartphone ini menawarkan full touch screen 4.5 inci dengan resolusi 1280 X 720 piksel. Manakala CPU telefon pintar ini ialah 2Ghz Qual-Core, RAM 2GB, internal memori 32GB, slot MicroSD 64GB. Beberapa speksifikasi yang amat menarik bagi saya iaitu dari segi penampilan kamera smartphone ini iaitu 15 mp belakang dan 5mp untuk kamera depan. Istimewanya juga model ini dikuasakan dengan bateri yang cukup baik iaitu 2000mAh.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

23 April 2011

Iphone 5


Bagi para peminat produk Apple khususnya produk smartphone, dikatakan Iphone 5 akan muncul menjelang bulan september ini. Sedikit spesifikasi yang diperolehi berkenaan iphone 5 ini ialah dari segi peningkatan kamera kepada 8 mp. Bentuknya pula menyerupai seperti ipod, tak tahulah pada penilaian anda.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

13 Februari 2011

Windows Phone 7 dari NOKIA

Salam Manis dan Salam Sejahtera kalian. Sekarang mungkin sudah sampai masanya pihak Nokia memperhebatkan lagi keupayaan  mereka. Jika tidak sudah pasti Nokia akan tertinggal jauh di belakang berbanding Android, IOS dan Blackberry yang semakin mendapat tempat di hati para pengguna di seluruh dunia. Untuk itu baru-baru ini pihak Nokia telah mengumumkan kerjasama strategik dengan pihak Microsoft untuk membangunkan dan mengeluarkan smartphone Windows Phone 7. Berikut ialah gambaran smartphone Nokia yang merupakan kerjasama sulung antara keduanya.