Premium WordPress Themes

Memaparkan catatan dengan label Citra Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Citra Sukan. Papar semua catatan

10 Ogos 2011

Safee Sali Dilamar Kelab Bundesliga


Khabarnya Safee Sali telah dilamar oleh salah sebuah kelab bola sepak di Bundesliga, jika perkhabaran ini benar, maka akan terlakarlah sejarah baru dalam kamus bola sepak tanahair kita Malaysia. Sebenarnya perkembangan sebeginilah yang dinantikan-nantikan khasnya untuk bola sepak Malaysia. Semoga impian Safee Sali tercapai dan melakar sejarah buat nadi bola sepak Malaysia dan Asia khususnya.

Dari Sharif Putra

16 Julai 2011

Keputusan Akhir Malaysia Vs Liverpool


Nampaknya Team Malaysia bermain agak cantik kali ini berbanding sebelum ini Malaysia menentang Arsenal. Segala gerakan agak teratur dan pantas. Sememangnya beginilah corak permainan masa kini, pantas dan tepat.

Pada masa pertama menyaksikan gol yang saya fikir agak kontroversi bagi Liverpool. Pada hemat saya sepakan percuma tersebut tidak harus berlaku sepatutnya. Jika diperhatikan dalam situasi sebegitu semestinya pemain pertahanan Malaysia berusaha untuk menghalang ppemain lawan dan akhirnya pemain lawan kelihatan jelas bergeser dan terjatuh. Malangnya lagi apabila pemain Malaysia dilayangkan kad kuning kerana membantah.

Bagaimanapun inilah yang dikatakan bola sepak, penuh dengan debaran dan percaturan. Namum begitu tendangan percuma yang diberikan kepada pasukan Malaysia, sememangnya saya seperti sudah mengagak, tendangan tersebut akan berjaya oleh Syafiq. Kerana sudut demikian amat digemari oleh Syafiq dan aksi tersebut turut dipamerkan oleh Syafiq ketika Malaysia menentang Taiwan.

Separuh masa kedua menyaksikan kesilapan demi kesilapan berlaku di bahagian pertahanan Malaysia, gol yang tidak sepatutnya berlaku. Namum agak menggembirakan apabila Safee Salleh dibawa masuk oleh Datuk Rajagopal menyumbat dua gol yang saya fikir gol cantik.

Masa kecenderaan akhirnya Liverpool menambahkan lagi koleksi gol mereka menjadikan 6-3 menerusi penyerang kebangsaan Belanda Kuyt. Secara keseluruhan Malaysia 3 Liverpool 6. Tahniah Liverpool dan tahniah juga buat pasukan Harimau Malaya, meskipun kalah namum persembahan tetap mantap.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Keputusan Malaysia Vs Liverpool 16 Julai




Hari ini sama-samalah kita saksikan dua pasukan terbaik bertarung di atas padang. Iaitu pasukan pujaan saya Harimau Malaya menentang team gergasi liga Perdana Inggeris Liverpool pada jam 5.45 petang waktu Malaysia di Stadium Bukit Jalil. Dari sumber informasi http://www.tiketpro.com.my/ jumlah jualan tiket perlawanan telah terjual sebanyak 67,000. Nampaknya jikalau fenomena sebegini kerap berlaku untuk setiap kali perlawanan liga perdana tempatan atau sebagainya di Malaysia, tidak mustahil sukan bola sepak kita bertambah maju dan akan lebih ramai lagi pemain bertaraf bintang dilahirkan.

Pemain Liverpool sedang menjalani sesi latihan

Harapan memang tinggi menjulang agar pasukan Malaysia melakukan sesuatu yang boleh dibanggakan dan menjadi bahan cerita di kalangan kaki bola tanah air. Sayangnya juga dikatakan bahawa pemain hebat seperti Norsharul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan Radzak tidak dapat beraksi pada perlawanan ini, memang mendukacitakan sedikit bagi para peminat melihat pemain pujaan mereka tidak dapat beraksi membantu pasukan Malaysia. Harapan juga agar pihak ASTRO menyiarkan perlawanan ini tidak sebelum ini ketika Malaysia menentang Arsenal, habuk pun tarak, memang banyak kecewa. Tapi dari sumber yang diperolehi kemungkinan perlawanan pada petang ini akan dapat disaksikan menerusi chanel 817, harap-harap betulah informasi ini.

03 Julai 2011

Perlawanan Pusingan Ke 2 Taiwan Vs Malaysia.

Perlawanan Pusingan Ke 2 Taiwan menentang Malaysia akan berlangsung di Taiwan setelah pasukan Malaysia mengalahkan Taiwan dengan jaringan 2-1 di Stadium Merdeka baru-baru ini. Harapan kita sebagai peminat bola sepak dan Pasukan Malaysia, mereka akan mencipta corak permainan yang cantik serta menciptakan kemenangan kelak.

Sekiranya Malaysia menang, maka mereka akan berhadapan dengan Pasukan Singapura pula. Sama-samalah kita saksikan perlawanan pada malam ini di TV 1 dan Astro Arena.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

29 Mei 2011

Barcelona Juara UEFA Champions League 2010/2011


Tahniah kepada pasukan bola sepak Barcelona yang telah berjaya merangkul gelaran juara UEFA Champions League 2010/2011. Kejayaan menewaskan pasukan gergasi english Manchester United di Stadium Wembley dengan jaringan 3-1 memastikan mereka adalah selaku juara kali ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.