Premium WordPress Themes

30 September 2011

Rupa Bentuk iPhone 5 Hampir Tepat 98%



Sebelum ini telah banyak rupa bentuk, design dan ramalan bagaimanakah rupa sebenar iPhone 5 yang akan dilancarkan oleh Apple pada tanggal 4 Okt ini. Bagaimanapun gambar-gambar tersebut adalah ramalan yang dikatakan hampir serupa dengan iPhone 5 kelak. Kalau tidak tepat sepenuhnya pun sudah kira bagus jugalah, mana tau Apple akan memberikan paling terbaik kelak.

Dari Sharif Putra

Nokia N9 Versi Putih


Semakin hari semakin hampir pengenalan telefon pintar Nokia N9 memasuki pasaran Malaysia kelak. Sedia maklum N9 sememangnya sebuah telefon pintar yang menawarkan teknologi terbaik dari Nokia, contohnya ialah NFC yang merupakan teknologi terkini yang bakal digunakan secara meluas di Malaysia.
Sebelum ini juga seperti yang disaksikan menerusi laman-laman web, N9 didatangkan dengan warna hitam, biru dan merah jambu. Dan menurut kabar angin versi akan datang kelak N9 akan didatangkan dengan warna putih mutiara. Warna ini memang cantik dan semestinya menjadi warna kegemaran golongan wanita. Nantikan kehadiran N9 versi putih kelak pada lewat tahun ini atau seawal 2012 nanti.
Dari Sharif Putra

26 September 2011

Telefon Pintar Yang Terbaik


Kini kebanjiran Telefon Pintar atau Smartphone melanda di seluruh dunia. Tidak ketinggalan juga kita di Malaysia yang di datangi oleh pelbagai model yang tak habis-habis, ada saja yang terbaru, canggih dan menghabiskan wang kita. Kenapa tidak setiap kali ada muncul model terbaru, mulalah gelabah dan meninjau-ninjau, mana tau berkenaan.

Tapi jika sudah namanya telefon pintar, adakah kita sebagai peminat dan penggunanya juga turut menjadi pintar. Atau hanya sekadar nama telefon pintar, tetapi tuannya tidak pintar, kurang pintar atau sebagainya. Jadi rasanya menjadi kemestiaan bagi kalian yang menggunakan telefon pintar ini, menjadi lebih pintar jugalah, cuba kuasai pelbagai hal yang berkaitan dengan telefon pintar kalian. Apa yang dikatakan pintar itu, bagaimana dikatakan pintar dan bagaimana telefon tersebut membuatkan kalian menjadi lebih pintar.

Sebagai contoh hanya sekadar rujukan, bukan nak bodek-bodek yah, fungsi BBM dalam telefon pintar Blackberry yang membuatkan kalian jimat wang ringgit untuk bersembang dengan rakan-rakan kalian. Begitu juga yang ada pada telefon android yang menggunakan google talk atau sebagainya. Jadi semestinya kalian nak benda yang percuma kan. Maka itu cuba kaji, teliti dan fahami terlebih dahulu telefon pintar yang hendak kalian beli atau gunakan. Kalau tidak ianya hanya sekadar hiasan sahaja, untuk dilihat atau sebagainya, dalam erti kata yang lain rugiii..

Baiklah di sini saya senaraikan beberapa telefon pintar yang amat bagus untuk kalian kaji, teliti dan fahami sebelum pergi berbelanja.

-Blackberry 9700,9780,9900
-iPhone 4
-Samsung Galaxy S II
-HTC Sensation



Dari Sharif Putra

23 September 2011

Terbaru: Toyota Hilux Fearless










Nampaknya pihak Toyota telahpun mengesahkan kemunculan model laris mereka iaitu menerusi model hilux yang menjadi model terlaris di Borneo khususnya di Sabah dan Sarawak. Siri model terbaru ini iaitu Toyota Hilux Fearless yang telah memasuki pasaran negara Thailand terlebih awal berbanding pasaran Malaysia.
Hilux Fearless ini menawarkan beberapa variati kapasiti enjin iaitu 3.0 liter dan 2.5 liter. Berikut ialah speksifikasi ringkas hilux fearless.
-Powerful 3.0 liter D-4D Common-Rail Intercooler VNT Diesel
-Powerful 2.5 liter D-4D Common-Rail Turbo Diesel
-New Radiator grille & scoop
-Power Adjustable & retractable wing mirror
-Advance alloy whell design
-Large cargo deck with bedliner
-Automatic disconnecting differential (ADD) with part time 4WD
-Optional DVD Audio-Video navigation(DVD-AVN).
-Harga Semenanjung Malaysia RM107,250,
Manakala harga Sabah pula sekitar RM107,978-107,904 dan Sarawak sekitar RM108,206
Dari Sharif Putra

21 September 2011

Google+ Kini Dibuka Untuk Semua

Kini Google+ telah membuka pendaftaran kepada semua yang berminat untuk mendaftar, setelah beberapa minggu memberi jemputan kepada individu tertentu.

Google+ kini telahpun mempunyai ahli seramai 10 juta sejak dari 16 hari dilancarkan. Ini merupakan satu rekod terbaik Google+ sejak dilancarkan. Dan kini setelah dibuka kepada semua, ini bermakna jumlah individu yang akan mendaftar kelak akan bertambah.

Google+ juga turut menaik taraf fungsi dan aplikasi G+ iaitu memperkenalkan permainan dalam talian dan fungsi carian secara terus melalui G+. Saya sudahpun mendaftar G+ kalian bagaimana pula.


Dari Sharif Putra