Premium WordPress Themes

31 Julai 2011

Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz




Mohd Ashraf  Hafiz Abd Aziz satu nama yang menjadi fenomena baru di Malaysia, apabila membuat permohonan berani menukar namanya kepada Aleesha Farhana. Beliau yang telah membuat pembedahan menukar jantinanya di Thailand dua tahun lalu, membuat permohonan mahkamah agar namanya di tukar di MayKad, namum usahanya tidak berjaya apabila pihak mahkamah menolak.

Walau bagaimanapun Mohd Ashraf telah dimasukan ke hospital kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah yang rendah. Seterusnya doktor mengesahkan bahawa beliau mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau "unstable angina with cardiogenic shock'. Walau bagaimanapun pihak hospital mengesahakan bahawa Mohd Ashraf gagal untuk diselamatkan dan meninggal dunia pada pukul 5 pagi di hospital Sultanah Nur Zahirah.

Siapakah Suara Disebalik Upin & Ipin


Siapakah wajah disebalik suara latar Upin dan Ipin siri kartun yang popular bukan sahaja di Malaysia tetapi juga hingga ke persada antarabangsa. Dengan suara yang manja dan comel siapa sangka Adik Asyiela Putri Azhar 9 tahun mampu memberi satu fenomena kepada industri animasi di Malaysia. Bintang kecil ini amat popular di sekolahnya iaitu di SK Presint 9, Putrajaya. Rakan-rakan sekolahnya amat mesra dengannya dan pihak sekolahnya akan menjemput team Upin dan Ipin ke sekolahnya kelak. Tahniah adik Asyiela semoga terus maju ke hadapan demi memertabatkan industri animasi negara kita.

Koleksi Gambar Kemalangan Ngeri









30 Julai 2011

Gambar iPhone 5




Pelbagai ura-ura yang kedengaran kebelakangan ini berkenaan dengan khabar angin kemunculan iPhone 5 di pasaran kelak. Seperti biasa produk smartphone keluaran Apple sentiasa mendapat perhatian dan sambutan yang agak luar biasa di kalangan para peminatnya.

Namum dari segi rupa bentuk gambar konsep iPhone tersebut, yang dinamakan sebagai iPhone Air oleh pihak Ciccarese agak menarik juga pada pandangan saya. Dan mereka menyatakan bahawa pihak Apple akan melancarkan smartphone ini pada pertengahan bulan september kelak.

Dari Sharif Putra