Premium WordPress Themes

08 Mac 2012

iPad 3:Rangkuman Peristiwa Pelancaran iPad Terbaru.

Beberapa siri perkembangan dan kemaskini sempena pelancaran iPad terbaru 8 Mac 2012 jam 2am waktu Malaysia

-Siri sekarang sudah boleh digunakan dengan loghat Australia, Perancis, German dan untuk harini = JEPUN

-Kini ke App Store. Hampir 600k aplikasi

-Sekarang Cook sedang bercakap apps -sejumlah 25 bilion telah dimuat turun

-iOS 5.1 boleh didapati hari ini dan akan dilancarkan di Jepun pada beberapa minggu akan datang.

-Kini pengguna iCloud sebanyak 100 Juta iTunes Cloud juga menyokong filem setinggi 1080p. Apple TV baru diperkenalkan-amanz

-Apple mengumumkan produk terbaru Apple TV-2048 x 1536 pixels resolusi - ia tidak kelihatan sangat tajam.

-iPad terbaru juga dilengkapi auto exposure dan autofocus. Boleh dikatakan lebih baik dari iPhone 4S-Amanz

-Sah iPad akan didatangkan dengan 4G LTE

-Dari segi harga kemungkinan untuk 32GB RM1814.17 dan 64GB RM2117.04

-iPad terbaru ini mula diperolehi pada 16 Mac ini, namun di Malaysia mungkin pada April atau Mei kelak

-Masih tidak diketahui apakah nama bagi iPad terbaru, namun seperti iPad Generasi 3 bunyinya.

-Terkini hanya iPad Terbaru(New iPad) sebagai nama kepada siri iPad

-Tamat

26 Februari 2012

Canon 5D MK III Bakal Dilancarkan Pada Awal Minggu Hadapan?

Kini pihak Canon bakal memperkenalkan DSLR dari keluarga 5D mereka, selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

Model yang dimaksudkan ialah Canon 5D MK III dijangka akan membawakan sensor 22-megapixel, skrin LCD bersaiz 3.2-inci, slot untuk kad CF/SD dan juga disertakan bersama 100% VF. Bagi para follower dan peminat Canon bersedialah untuk memiliki Mark lll yang serba canggih ini. Harganya dijangkakan sekitar RM10500...

07 Februari 2012

Kemaskini Nokia Belle


Proses naiktaraf dari Anna kepada Belle

Paparan muka depan lebih anggun

Pintasan yang lebih kemas dan pantas

Akhirnya tertunai juga segala janji-janji pihak Nokia untuk menaiktaraf Symbian Anna kepada Belle, pada saya Belle lebih laju, mantap dan anggun dari segi paparan mukanya. Sebelum ini pihak Nokia telah berjanji akan menaiktaraf Anna kepada Belle pada tarikh 8 Feb, nampaknya satu hari lebih awal sebelum tibanya 8 Feb Belle telah menjelma dan saya sendiri telah menaiktaraf Nokia E6 saya kepada Belle. 

Selain itu rakan-rakan yang memiliki model Nokia seperti Nokia N8, E7, X7, C6-01, C7, dan Nokia Oro  bolehlah menaiktaraf smartphone korang bermula dari sekarang, tetapi dengan syarat hendaklah menggunakan Nokia Suite 3.3 yang terkini dan lakukan dengan PC kalian. Selamat mencuba dan rasai perbezaannya...

06 Februari 2012

Facebook, Gambar Yang Telah Dipadam Masih Boleh Diakses

Fenomena dunia masa kini sibuk dengan pelbagai rangkaian sosial, sibuk dirumah,sibuk dikereta, sibuk di tempat kerja dan segalanya sibuk dengan semua ini. Apa sahaja aktiviti dan program kalau boleh semuanya dilonggkan dan dipamerkan di dalam Facebook. Termasuklah gambar-gambar sulit, dedah paha,betis, buah dada, punggung dan segalanya terdedah.

Kini menjadi ketakutan kepada semua pemilik akaun Facebook yang bersifat keterlaluan sehinggakan memuat naik gambar-gambar panas mereka dan apabila dirasakan kurang sesuai atau sebagainya langsung dipadam. Tetapi melalui ujian yang dilakukan oleh ArsTechnica, gambar yang telah dipadam 3 tahun lepas, masih boleh diakses sehingga ke hari ini. Ini bermakna gambar-gambar panas yang sebelum ini telah dipadam masih boleh diakses dan disalahkan gunakan oleh sesiapapun...bahayanya wahana Facebook, tu pasal hati-hati upload gambar-gambar sedara

Model Pertama Arab Peraga Bikini


Nampaknya benua Arab pun tak ingin ketinggalan dalam dunia fesyen yang menghairahkan dengan alasan semata-mata kerana sekadar dunia fesyen.
Model ini iaitu Huda Naccache, berumur 22 tahun berketurunan Arab/Israel telah menjadi model cover edisi baru majalah Arab Lilac, fesyen telah mengejutkan banyak pihak terutamanya di kawasan negara Timur Tengah. Seperti diketahui umum perkara sebegini tidak mudah berlaku di benua Arab yang sememangnya berpegang teguh pada ajaran islam.