Premium WordPress Themes

14 September 2011

Kebocoran Maklumat Tarikh Pelancaran iPhone 5

Terkini menerusi syarikat gergasi yang juga menjadi rakan strategik Apple iaitu Orange menerusi CEO syarikat tersebut menyatakan pada tarikh 15 Oktober 2011 adalah merupakan tarikh pelancaran siri model terbaru iPhone 5 yang dinanti-nantikan selamanya ini oleh kalangan peminatnya. Berikut ialah beberapa khabar angin rupa bentuk iPhone 5 kelak.







Apple iPhone 5

Info Spesifikasi

-iOS 5
-WiFi, Bluetooth 3.0, 4G, GPS, NFC
-8 Megapixel Camera with Flash
-1080p Video Recording
-1280x720, 4,2" IPS-Display with Multitouch
-32/64/128GB Memory
-7,2 mm thin
-No Homebutton, new touch sensitive area



Apple iPod Touch 5






Berikut ialah keterangan ringkas iPod Touch 5.
-iOS 5
-Wifi, Bluetooth 3.0,NFC
-1080p Video Recording
-960 X 640, 4.0" IPS-Display with Multitouch
-32/64/128GB Memory
-Compatible with Apple Digital AV Adapter

Dari Sharif Putra

11 September 2011

Budak Menyusu Pada Lembu


Macam-macam perkara dan kejadian pelik berlaku diserata tempat. Seperti halnya yang berlaku di Koak Roka, Cambodia seorang kanak-kanak yang berusia 20 bulan menjadikan seekor lembu untuk menyusu.
Kejadian ini bermula dua bulan lepas selepas anak kecil tersebut melihat aksi anak lembu tersebut menghisap susu pada ibunya. Kanaka-kanak tersebut akan menyusu sebanyak dua kali dalam sehari dan begitulah setiap hari yang berlaku. Kejadian ini memang pelik, persoalannya bagaimana hal ini boleh berlaku antara manusia dan haiwan.
Dari Sharif Putra

05 September 2011

Mat Salleh Pun Lebih Miskin Dari Kita




Rupanya seteruk-teruk paras kemiskinan di negara kita, ada lagi yang lebih miskin dari kita. Sebagai contoh sepasang suami isteri dari FLORIDA US tinggal bersama 3 orang anak mereka di dalam kereta.

Perbuatan Justin Hamilton dan isterinya Kristin Harris tinggal berhari-hari bersama-sama anak-anak mereka mendapat perhatian masyrakat sekeliling lalu membuat aduan kepada pihak polis.

Amat sedih apabila pihak polis membuat serbuan terhadap mereka. Anak-anak pasangan ini amat mengaibkan, bercampur dengan timbunan sampah, sisa makanan, tulang ayam dan bau busuk. Dan dari rekod polis mendapati pasangan ini memang mempunyai rekod jenayah seperti kes dadah dan curi. Akibat saudara mara tidak tahan lagi dengan sikap mereka lagi, justru mereka telah dihalau dan merempat di dalam kereta.

Sungguh menyedihkan apabila anak-anak pasangan ini mengalami pelbagai penyakit serta kecederaan termasuklah mengalami sunburn. Moralnya seteruk-teruk kita di Malaysia masih punyai temat tinggal yang baik, meskipun tidak seadanya, berbanding dengan mat salleh yang tinggal di negara yang kaya dan banyak memperjuangkan hak asasi manusia.


Dari Sharif Putra

01 September 2011

Samsung Galaxy Tab 7.7 Kini Di Malaysia



Kini Samsung Galaxy Tab 7.7' bakal dilancarkan di Malaysia kelak. Namun dari segi tarikh pelancarannya masih belum diketahui bila. Yang pasti dalam jangkamasa terdekat tablet baru Samsung ini akan menemui para peminatnya di Malaysia.

Antara pembaruan yang dibawakan pada model terbaru ini ialah panel Super AMOLED, cip pemprosesa dwi-teras dengan kelajuan 1.4GHz, menyokong HSPA+, kamera hadapan 2-megapixel dan juga kamera belakang 3-megapixel, serta slot khas untuk mikroSD. Manakala baterinya berkuasa 5100 mAh sesuai layan video sehingga 10 jam.

Dari Sharif Putra