Premium WordPress Themes

07 Ogos 2011

Samsung Galaxy 10.1






Gambar-gambar Samsung Galaxy 10.1 yang akan dilancarkan di Malaysia sikit masa lagi. Jom layan gambar tablet terbaru Samsung ini.
Dari Sharif Putra

Koleksi Lirik Lagu Hari Raya

Salam Dunia-M.Nasir

Suara tangis yang kau dengar
Memecah hari kudus ini
Adalah aku
Mengenang pemilikmu
Kita pohon kemenangan
Meroboh kota keakuan
Ini saatnya
Yang kunanti-nanti
( 1 )
Mereka yang dilanda derita
Redhalah harimu kan tiba
Cahaya kekasih yang benar
Menghapus segala api kemarahan
( 2 )
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
( 3 )
Inilah hari kita
Tiada lagi rasa ketakutan
( ulang 1, 3 )
Inilah hari kita oh…
( ulang 2 3X )


Lirik Lagu Indahnya Beraya Di Desa- Azlina Aziz
  
Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia
Dalam kerinduan ayah dan bonda
Segala juadah disediakan
Mengharap pulangnya anak yang tersayang
Usaha ‘pakar’ hati orang tua

Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri-sendiri
Bergembira

Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya

Teruskan amalan desa di kota
Kunjungi jiran di hari raya
Kesibukan kerja bukannya alasan
Kita beraya selama sebulan

05 Ogos 2011

Isteri Ketua Pasukan Singapura Menghina Safee Sali dan Amirul Hadi

Ada macam-macam berlaku dalam arena bola sepak kebangsaan kita, belum pun terubat kedukaan kita dengan kekalahan teruk pasukan Harimau Malaya terhadap Lion, kini muncul pula satu penghinaan oleh isteri ketua pasukan Singapura terhadap Safee Sali dan Amirul Hadi.

Hidayah Sharil isteri kepada ketua pasukan Singapura telah mengelar kedua-dua pemain kebangsaan kita sebagai monyet menerusi aksi mereka pada perlawanan lepas. Tomahan ini telah dilemparkan menerusi akaun Twitternya iaitu hidayah17.

Kenyataan tersebut amat mendukacitakan apa tak lagi beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan negatif sedemikian. Hati dan perasaan para peminat bola sepak tanahair telah terguris. Ini terbukti apabila akaun twitter hidayah17 telah ditutup kerana mendapat serangan hebat dari para peminat bola Malaysia.

Bagi Safee Sali yang merupakan ikon baru bola sepak tanahair, sepatutnya kenyataan tersebut tidak harus dilemparkan oleh beliau yang juga merupakan isteri kepada sahabat baiknya, yang juga turut beraksi di persada liga Indonesia. Namum begitu Safee Sali memberi peluang kepada Hidayah untuk memohon maaf secara terbuka.


Dari Sharif Putra

04 Ogos 2011

Ally Iskandar Putus Tunang

Akhirnya ikatan pertunangan Ally Iskandar dengan Naib Juara Gadis Melayu Musim Pertama iaitu Nur Aishah Zainal terlerai di pertengahan jalan. Pertunangan yang dijalin pada 11 febuari lalu putus dan disahkan oleh Ally sendiri

"Kami secara rasmi telah putus tunang pada 30 Julai lalu selepas lima bulan mengikat ikatan pertunangan. Sukar untuk diungkapkan tentang perkara ini kerana ia berlaku bukan dari perang yang besar".

Menurut Ally lagi antara sebab mengapa pertunangan mereka putus adalah kerana tiadanya keserasian di antara mereka.
 
"Walaubagaimanapun, prinsip kami berbeza dan keputusan yang diambil memang berat untuk kami berdua. Kami dah cuba cari jalan penyelesaian, tetapi tidak berhasil," jelas Ally tenang.
  
Namum meskipun mereka telah berpisah menurut Ally, mereka tetap kawan dan tidak sampai bermusuhan. Semoga Ally dan Aishah tabah mebghadapi ujian ini.
Dari Sharif Putra

Mutiara Kata Ubat Tersembunyi



Assalamulaikum dan Salam hormat sekalian, alhamdulillah sampai kita ke hari keempat beramal ibadat di bulan penuh keberkatan ini iaitu Ramadhan Al-Mubarak.

Mari kita rungkai sedikit mutiara kata, meskipun nampak pendek dan ringkas namum maksudnya menjangkau berkilometer. Mungkin kalian pun faham maksud saya ini. Mutiara kata itu walau hanya dua atau tidak perkataan namum mampu mengoncang persada dunia. Baiklah mari kita sama-sama fahami, renungkan dan cuba praktikan dalam hidup, kerjaya dan bisnis kalian.
Hadiah Terbaik Ialah;

"Kepada kawan - kesetian
Kepada musuh - kemaafan
Kepada ketua - khidmat
Kepada yang muda - contoh terbaik
Kepada yang tua - hargai budi mereka dan kesetiaan
Kepada pasangan - cinta dan ketaatan
Kepada manusia - kebebasan"

Dari Sharif Putra