Premium WordPress Themes

26 April 2011

Harga IPad 2 Malaysia

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Rasanya sudah lama menanti, asyik tertanya-tanya dan sebagainya berkenaan dengan produk Apple  IPad 2 ini. Kejayaan siri pengenalan pada IPad 1 sebelum ini membuatkan pihak Apple lebih bersemangat untuk membuat siri pembaharuan kepada model baru iaitu IPad 2.

IPad 2

Kini IPad 2 dikhabarkan akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada tanggal 28 April ini. Segala spesifikasi tentang produk ini sudahpun diketahui ramai oleh kalangan para peminatnya, cuma hanya tinggal yang menjadi teka teki sehingga kini ialah berapakah harganya.

Untuk itu di sini terdapat beberapa butiran harga berkenaan dengan produk baru ini mengikut perkiraan oleh salah sebuah laman teknologi iaitu http://www.mobile88.com/

WiFi version:

16GB    RM1599
32GB    RM1899
64GB    RM2199
 

WiFi + 3G version:

16GB   RM1999
32GB   RM2299
64GB   RM2599
 

Smart Cover Poly:  RM150
Smart Cover Leather:  RM250

25 April 2011

Pahala Hamil

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera para pengunjung blog ini, harapan semoga kita sama-sama sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t insyallah. Mari kita lapangkan sedikit masa untuk membaca serta mengetahui apakah pahala bagi wanita yang hamil.

Setiap isteri merasa amat gembira bila mengetahui dirinya hamil dari benih suami yang tercinta. Namum terdapat juga wanita yang tidak mahu hamil kerana tidak mahu menanggung risiko dan kesengsaraan menjaga bayi. Kalaulah wanita tersebut mengetahui betapa besarnya pahala wanita hamil, nensya ia tidak akan bertindak sedemikian.

Hamil adalah tugas dan amanah mulia yang diberikan oleh Allah s.w.t selagi tidak menyalahi tuntutan agama. Menyedari hakikat betapa besarnya pahala wanita yang hamil itu, janganlah takut atau enggan untuk hamil, hal ini kerana isteri yang hamil itu dapat membuktikan kepada suaminya bahawa dia adalah wanita yang subur. Maka suami berhak mencurahkan seluruh perhatian, kasih sayang dan cinta kepadanya berikutan berseminya insan tersayang di rahimnya.

Wanita yang hamil juga akan memperolehi pahala selama ia mengandung, setelah melahirkan bayinya hatinya akan dilanda ketenangan, sejuk dan penuh kasih sayang seorang ibu. Tetapi seandainya ia menemui ajalnya ketika melahirkan bayinya, Allah s.w.t berjanji ia mati sebagai syahidah dan ditempatkan di syurga tanpa hisab. Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan dan keistimewaan wanita hamil ini, selain berupa pahala tetapi juga dari aspek kesihatan dan psikologi.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

23 April 2011

Iphone 5


Bagi para peminat produk Apple khususnya produk smartphone, dikatakan Iphone 5 akan muncul menjelang bulan september ini. Sedikit spesifikasi yang diperolehi berkenaan iphone 5 ini ialah dari segi peningkatan kamera kepada 8 mp. Bentuknya pula menyerupai seperti ipod, tak tahulah pada penilaian anda.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

10 Sebab Doa Ditolak



Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Sebagai manusia yang empunya anutan atau kepercayaan dikehendaki berdoa kepada tuhan masing-masing. Bagi yang beragama islam mereka berdoa kepada Allah s.w.t untuk memohon, menyampaikan hajat, dan memohon petunjuk daripadaNya. Namum sedarkah kita atau tidak mengapa doa kita ditolak oleh Allah s.w.t. Artikel kali ini menggariskan beberapa sebab doa ditolak menurut pandangan Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

1. Kamu mengenal tuhan, tetapi kamu tidak tunaikan haknya.

2. Kamu kata, kamu cinta kepada nabi, tetapi kamu tinggalkan sunahnya.

3. Kamu baca al-quran tetapi kamu tidak mengamalkannya.

4. Kamu rasakan nikmat-niknat Tuhan, tetapi tidak bersyukur kepadanya.

5. Kamu berkata syaitan musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

6. Kamu kata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7. Kamu kata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari darinya.

8. Kamu kata mati itu benar tetapi kamu bersedia menghadapinya.

9. Kamu bangun daripada tidur lalu kamu katakan banyak keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban sendiri.

10. Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Marilah kita sama-sama renungkan 10 penyebab kenapa doa kita ditolak, agar memberi keinsafan pada diri kita. Sebar-sebarkanlah ilmu itu walaupun hanya sebutir pasir namum pahalanya amatlah besar di sisi Allah s.w.t insyallah.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

22 April 2011

Top Ten Koleksi Mutiara Kata Dr HM Tuah

"Berusahalah supaya penghujung usia adalah saat mempamerkan mutiara yang sebelumnya digilap dengan usaha"


"Takkan selamanya menanam padi, kena juga merasa bagaimana seronokknya menuai"

"Bercinta sahaja tanpa matlamat perkahwinan adalah sia-sia. Anda rugi membiarkan masa berlalu begitu saja, sedangkan jika disingkatkan bercinta disudahkan dengan berumah tangga, susah-susah juga tetapi kesusahan yang dilalui itu membawa sama hasilnya"

"Dalam hidup, kebanyakan orang melakukan satu kerja saja dan malanglah bagi mereka yang melakukan kerja yang bukan diciptakan untuknya"

"Semangat orang nak maju adalah semangat untuk bergelar orang berilmu"

"Hebatnya ilmu, makin disebar makin berkembang tidak pernah mengurang"

"Orang bijak dia bukan kerja keras tapi dia keras bekerja"

"Dan biasanya pemikiran kita, kedewasaan kita ikut pada umur kita. Makin meningkat umur makin dewasalah pemikiran kita"

"Buat semua kerja dengan rela, semuanya jadi lebih sempurna. Buat semuanya dengan sakit hati, hasilnya pun menyakitkan hati.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone