Premium WordPress Themes

30 Mac 2011

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Mari kita becerita sedikit pasal keadaan jalan raya kita yang dikatakan betaraf dunia(kelas 1) menurut Pak Lah yang lepas dan tempat letak kereta. Fokus sebagai contoh dan rujukan semua ialah di Sabah, dikecilkan lagi fokusnya seperti di KK. Apa pendapat anda semua tentang keadaan permukaan jalan raya dan tempat letak kereta di kawasan KK khususnya. Bagi saya memang kurang memuaskan...

29 Mac 2011

Tablet Concept Nokia Leafpad, 10″ CBD AMOLED MeeGo

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. 2011 merupakan medan perlumbaan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi untuk mengeluarkan komputer tablet yang semakin mendapat populariti meningkat di kalangan pengguna. Hal ini kerana banyak keistimewaan ditawarkan oleh komputer bercirikan tablet ini. Untuk itu pihak Nokia seakan tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama merancakan dunia tablet, justeru mengeluarkan tablet sulungnya iaitu Nokia Leafpad. Mari kita layan gambar-gambar Nokia Leafpad tersebut.




Berikut ialah spekifikasi Nokia Leadpad
  • * 10″ CBD Super AMOLED display (1024 x 768 resolution)
  • * 1080p playback
  • * Meego tablet edition
  • * 2 mp front facing camera.
  • * capacitive multi touch screen.
  • * HDMI( with Dolby Digital Plus)
  • * 2 USB ports
  • * Micro-SD reader
  • * battery life must be more than 10 hrs.<< This is possibly one of the most important “features” I’m looking for in a tablet. At least 8h battery.
  • * 512mb RAM
  • * 32 GB internal
  • * Intel’s 1.66GHz Atom N450 processor
  • * WiFi , 3G , 4G , WiMax , SIM card slot
  • * Bluetooth 3

Smartphone Konsep Nokia N18

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Syarikat Nokia merupakan pengeluar telefon bimbit yang boleh dikatakan amat kreatif dalam membuat dan menghasilakan setiap daripada model-model telefon mereka. Boleh dikatakan sejak dari dulu lagi, setiap model yang dikeluarkan akan mendapat sambutan yang amat menggalakan dari kalangan pengguna di seluruh dunia. Cuma sejak kebelakangan ini Nokia mengalami saingan yang amat sengit dari jenama-jenama yang lain seperti Apple, Blackberry, Samsung dan banyak lagi. Namum begitu pihak Nokia tidak duduk berdiam diri, secara senyap-senyap terdapat maklumat yang diperolehi dari mynokiablog N18 akan menemui para peminat Nokia kelak. Cuma tarikh akan menemui para peminatnya tidak diketahui. Walau bagaimanapun bolehlah layan gambar-gambar model konsep N18 ini.



Berikut adalah spesifikasi N18
  • Symbian^3
  • Dual-core 1Ghz , PowerVR SGX540 GPU
  • 512 RAM
  • 480 x 800 pixels, 4.0 inches
  • Gorilla Glass display (CBD AMOLED)
  • 3.5mm jack
  • internal 16 GB, external 64 GB
  • 8mp Carl Zeiss (autofocus), 1/1.83” sensor size, ND filter, geo-tagging, face detection
  • 1080p @30fps
  • capacitive multi-touch screen
  • Anodized Aluminum casing
  • NFC (Near Field Communication)
  • USB OTG


Jalan Yang Mengancam.jpg

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jalan Yang Mengancam.jpg

27 Mac 2011

Koleksi Foto Meseum Of Islamic Art

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Kali ini mari kita layan koleksi gambar-gambar muzium islam yang cantik-cantik belaka. Dan yang penting kita mengetahui tentang seni bina islam yang menakjubkan sejak sekian lamanya. Muzium ini terletak di Doha, Qatar.












18 Mac 2011

Earthquake n Tsunami Japan

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan peristiwa yang amat menyedihkan apabila Jepun di landa gempa bumi  dan secara tidak langsung telah berlakunya Tsunami yang dikatakan terbesar di dunia setakat ini. Mari  kita lihat gambar-gambar kejadian gempa bumi dan tsunami tersebut,  serta marilah kita bersama-sama berdoa mengikut kepercayaan masing-masing agar mereka ditabahkan hati menghadapi musibah ini.












Adegan yang tak ingin kita lihat

Sebenarnya kita tak kepingin pun melihat aksi-aksi terlarang ini. Namum paparan ini hanyalah sebagai peringatan kepada mereka yang ada potensi berbuat aksi terlarang ini atau mereka yang bakal jadi mangsa aksi terlarang ini. Jadi awaslah misalannya bila berjalan berdampingan bersama boyfriend atau girlfriend anda. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa sebegini.









Makanan Pelik menjadi kegemaran di China

Mari kita layan gambar-gambar makanan-makanan pelik namun menjadi kegemaran di negara China. Seperti sedia maklum negara China merupakan negara yang serba kreatif dalam apa jua aspek, tidak ketinggalan juga pada citarasa makanan mereka, yang kita rasa pelik. Namum pada mereka sedap dan enak.

Kalau taj silap ni jengking





17 Mac 2011

Ketam Melayu dan Ketam Cina

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Apa khabar semua, harapan dari saya agar semuanya berjalan seperti biasa. Yang sihat alhamdulilah, yang tengah sakit silakanlah beriktiar mencari pengubatnya. Tetapi jikalau rohani yang sakit bagaimana hendak menjawabnya. Jawapannya ada pada diri masing-masing. Baiklah mari kita terjah sebuah cerita yang mungkin sedikit mengelisahkan dan merimaskan sesetengah pihak, namum niat penulis bukanlah hendak membuka pekung di dada, tetapi hanyalah untuk memperingatkan dan menilai kembali sejauh mana kualiti diri kita, bangsa kita dan yang sewaktu dengannya. Cerita ini ialah berkisarkan dua jenis ketam, antaranya ketam melayu dan ketam cina.

Kisahnya begini, pada suatu hari ada seorang tua yang baru sahaja balik dari mengambil hasil tangkapan ketamnya di bakau. Seperti biasa si tua boleh dikatakan setiap hari pergi menangkap ketam dengan tabah dan tenang menanti. Namum yang peliknya kali ini, hasil tangkapannya agak lumayan sehinggakan mencecah dua bakul besar. Hati si tau amat gembira dengan  rezeki yang dikurniakan padanya pada hari tersebut. Kejadian sebegini amat jarang berlaku di kalangan rakan-rakan yang lain, apa tak lagi bagi si tua, seumur hidupnya, inilah kali pertama dia memperolehi hasil yang sebegitu banyak. Tambah menghairankan lagi si tua,  ketam yang diperolehinya mempunyai dua jenis warna yang berlainan, iaitu satu kelompok berwarna coklat dan yang satu kelompok lagi berwarna keputih-putihan. Ketam tersebut dimasukan dalam dua bakul yang berasingan iaitu ketam berwarna coklat dan keputihan dengan menutup kedua-dua bakul tersebut.

Namum apa yang berlaku selepas itu si tua amat terperanjat melihat kejadian yang berlaku di depan matanya. Bakul ketam coklat  dan keputih-putihan yang sebelum ini tertutup rapi, terbuka oleh sebab perbuatan ketam -ketam itu sendiri. Si tua tekun melihat kejadian aneh yang berlaku di depan matanya, dia mengamati apakah sebenarnya yang sedang berlaku. Kejadiannya begini, bakul ketam coklat yang sebelum ini tertutup rapi terbuka kerana perbuatan di kalangan ketam itu sendiri. Lalu ketam yang berjaya membuka penutup bakul tersebut perlahan-lahan memanjat bakul untuk keluar. Namum yang menghairankan si tua ketam-ketam lain yang masih berada di bawah bakul menarik ketam lain yang sedang memanjat untuk keluar. Kejadian ini berlanjutan sehinggalah tiada seekor ketam pun yang terkeluar kerana di tarik oleh rakan-rakanya lalu jatuh ke dasar bakul semula.

Tetapi apa pula yang berlaku kepada ketam berwarna keputih-putihan tersebut. Si tua bertambah kusut melihat dan memikirkan kejadian sekelompok ketam ini. Beberapa ekor ketam memanjat bakul dan membuka penutup serta menarik rakan-rakanya keluar dari bakul sehinggalah tiada lagi ketam lain di dalam bakul tersebut. Peristiwa ini membuatkan si tua termenung berhari-hari memikirkan apakah maksud yang tersirat di sebalik dua peristiwa yang berlainan ragam pada ketam-ketam tersebut.

Akhirnya setelah si tua berfikir buat ke sekian lamanya, barulah dia memahami apakah maksud peristiwa yang disaksikannya sebelum ini. Hal ini hanyalah sebentuk, sejenis dan seuntai tamsilan penuh bermakna. Bakul yang berisi ketam coklat tersebut adalah merupakan jelmaan atau tamsilan sikap dan perilaku orang melayu yang tidak senang dengan kemajuan, kesenangan, kelebihan bangsanya sendiri. Pantang tengok kawanya, rakannya, dan bangsanya maju maka akan terselitlah  perasaan hasad dengki, sakit hati, cemburu dan ada sesetengahnya mengupah bomoh supaya suadaranya tadi akan hilang kekayaannya, kesenangannya, ketenteramannya dan kelebihannya. Perbuatan ketam coklat yang menarik rakanya  yang sedang memanjat bakul tadi samalah seperti yang disebutkan tadi. Bila sudah melihat saudaranya lebih sedikit darinya mulalah mencari iktiar bagaimana untuk menarik supaya jatuh lingkup.Sedar tak sedar hal ini berlaku dalam masyarakat melayu kita. Tidak semuanya tetapi kebanyakannya. Fikir-fikirkanlah.

 Manakala si ketam yang keputih-putihan tadi rupanya-rupanya jelmaan dari sikap orang cina, yang suka bantu membantu sesama mereka. Apabila seseorang berada di atas maka mereka akan menarik rakan yang masih berada di bawah, dan akhirnya semuanya berada di atas. Maka itulah ketam tadi saling tolong menolong menarik keluar antara satu sama lain. Orang cina memang macam itu sikap dan perilakunya. Pernah suatu hari penulis pergi ke sebuah kedai yang menjual telefon untuk membeli telefon. Tetapi mulanya rasa kecewa juga apabila tauke cina tersebut memberi tahu bahawa telefon yang saya kehendaki tersebut out of sale, tetapi lantas tauke tersebut memberi tahu pada saya, jangan susah ati maa, nanti saya tanya sama kawan saya sebelah, mana tau ada. Saya tertunggu-tunggu buat seketika, adakah betul kata tauke tersebut atau saya pasti kena kencing. Tetapi sangkaan saya salah, tauke tersebut membawakan pada saya telefon yang saya kehendaki tersebut. Rupa-rupanya dia pergi ke kedai rakanya di sebelah untuk mengambil telefon tersebut untuk dijual kepada saya. Saya amat tertarik dengan budaya yang luar biasa bagus ini. Walaupun pada hari tersebut telefon yang saya kehendaki habis stok tetapi dia tidak menghampakan saya  sebagai pelanggan dan dalam masa yang sama dia turut membantu rakannya menjual barangannya.

Sesungguhnya dari kisah ketam melayu dan ketam cina ini, dapat memberikan saya motivasi dan peringatan untuk tidak terjerumus seperti ketam coklat tadi. Marilah kita sama-sama bersikap positif dan berdaya saing sesama kita agar bangsa kita dihormati. Kisah ini hanyalah merupakan tamsilan untuk dijadikan bahan motivasi dan ianya tidak menyentuh hal-hal sensetif mana-mana kaum.

16 Mac 2011

Ayat Al-Quran Tertulis Di Badan Budak

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Memang menakjubkan dan memeranjatkan kejadian yang dialami oleh seorang kanak-kanak yang bernama Ali Yakubov seorang bayi lelaki yang berumur sembilan bulan di wilayah Dagestan, Selatan Rusia. Majlis Mufti Rusia sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit budak tersebut adalah benar.

Foto 1 Berita Minggu

Foto 2 Ayat al-Quran tertulis di paha dan kaki Ali

Foto 3

Foto 4

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan beberapa orang imam mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari isnin dan jumaat. Ayat ini akan bertukar-tukar dengan mempamerkan pelbagai maksud dan intipati. Salah satu ayat suci al-Quran yang pernah terpampang di anggota badan Ali ialah berbunyi " Allah ialah pencipta segala yang ada". Kejadian aneh ini membuatkan Ali menangis  dan suhu badannya meningkat apabila ayat suci al-Quran ini bertukar kepada ayat yang baru. Dikatakan juga semasa kelahiran Ali dia di sahkan mengidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak, walau bagaimanapun segala penyakit tersebut sembuh dengan sepenuhnya apabila ayat-ayat suci al-Quran mula muncul di badannya. Kepada rakan-rakan yang seangkatan dengan saya, marilah kita bersama-sama menguatkan lagi takwa dengan Allah s.w.t, segala kejadian ini merupakan kuasa Allah s.w.t yang mengendaki agar para manusia memikirkan apakah hikmah disebalik kesemua ini. Subhanalah...

13 Mac 2011

Rahsia Sujud Dalam Solat


Gambar Hiasan- Namum perilakunya betul

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera kalian. Dunia ini bersedih dengan apa yang berlaku di Jepun, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah s.w.t semoga mereka yang terlibat tabah dengan dugaan ini. Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang berada di tempat kejadian,banyakan bersabar, berdoa dan bertawakal kepadaNya. Mari kita sama renungkan apakah rahsia sujud dalam solat sesorang muslim itu apabila dia bersolat. Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk islam setelah dia menemui keajaiban sujud dalam solat daripada penyelidikan yang dilakukannya. Dia amat kagum dengan penemuan penyelidikan tersebut, yang tidak dapat dijangkau dengan pemikiran manusia.

Doktor ini merupakan pakar dalam bidang Neurologi dan setelah memeluk islam, beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan perubatan melalui Al-Quran serta menggunakan kaedah perubatan berasaskan kepada Al-Quran. Apakah rahsia yang diperolehi beliau setelah membuat kajian buat sekian lamanya tentang sistem saraf. Satu penemuan yang beliau temuai ialah terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dapat dimasuki oleh darah. Walhal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat banyak kajian yang agak lama, akhirnya beliau menemui jawapannya. Darah akan memasuki bahagian beberapa urat saraf yang sebelum ini gagal dimasuki hanya menerusi sujud dalam solat. Hal ini bermakna bahagian-bahagian tertentu yang gagal di masuki darah, hanya boleh dimasuki darah dengan hanya bersujud dalam solat. Umat Islam bersolat 5 waktu wajib dalam sehari dan tidak termasuk solat-solat sunat. Alangkah terkejutnya beliau apabila memperolehi keputusan yang ajaib ini yang akhirnya dia beriman kepada Allah s.w.t.

Juruterbang Tanpa Tangan

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera kalian. Banyak perkara, benda dan kejadian yang pelik-pelik berlaku di sekililing kita. Namum terpulanglah kepada diri masing-masing untuk membuat penilaian dan kesimpulan. Natijahnya cubalah ambil iktibar, teladan dan sempadan. Bagi yang seangkatan dengan saya semuslim, marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan rasa kekaguman dengan ciptaan Ilahi. Saya yakin dengan setiap kejadian, perkara dan sesuatu itu bukanlah perkara sia-sia, tetapi pasti ada hikmahnya. Mari kita layan gambar-gambar wanita istimewa ini, iaitu Jessica Cox yang menjadi wanita pertama yang berjaya menerbangkan pesawat dengan hanya menggunakan kaki.  Dia telah berjaya membuktikan bahawa meskipun beliau seorang yang cacat, namum itu bukanlah alasan untuknya menerbangkan sebuah pesawat .

Foto 1 Semasa waktu kecil

Foto 2 Menulis dengan kaki. Beruntungnya bagi mereka yang empunya full pakej

Foto 3 Semasa latihan

Foto 4

Foto 5