Premium WordPress Themes

07 Julai 2011

BlackBerry Bold 9900 Muncul Pada September Nanti.

Kini terdapat pengesahan tarikh pelancaran untuk pasaran UK untuk model BlackBerry Bold 9900, iaitu pada 15 September kelak, dengan menawarkan pilihan warna hitam, dengan versi putih. Sememangnya pelancaran model baru ini kelak turut dinanti-nantikan oleh segenap peminat peranti BlackBerry. Model Bold 9900 ini adalah lebih canggih berbanding model sebelum ini seperti Blod 9780 yang menawarkan OS6 dan terbaru nanti OS7.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apple Mengumumkan 15 billion Aplikasinya Dimuat Turun.

Siapa yang tak kenal denga Apple yang menghasilkan produk berkualiti hebat dan diminati ramai. Terkini pihak Apple telah mendedahkan bahawa App Store mengalami satu lagi mercu kejayaan besar , apabila pihaknya telah mencapai paras 15 bilion muat turun oleh kalangan pemilik gadjetnya. Antaranya seperti Angrybirds yang menjadi kegilaan masa kini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kini Kerajaan Malaysia Pula Nak Memantau Peranti BlackBerry


Terkini pihak kerajaan Malaysia nak memantau pula penggunaan peranti BlackBerry di Malaysia. Sebelum ini hanya sekadar berdiam diri sahaja apabila beberapa negara mengambil tindakan mengharamkan penggunaan peranti tersebut.

Antara negara yang mengharamkan penggunaan BlackBerry khususnya bila berurusan berkaitan dengan hal-hal kerajaan ialah seperti Arab Saudi dan Perancis. Manakala Indonesia pula yang merupakan pengguna BlackBerry tertinggi di dunia sekadar menyekat pornografi sahaja.

Kini kerajaan Malaysia pula hendak memantau penggunaan peranti tersebut dengan alasan untuk keselamatan pihak kerajaan. Hal ini kerana segala penghantaran emel dan mesej akan direkodkan di Kanada, USA dan Singapura. Justeru staf kerajaan dinasihatkan agar berhati-hati bila menggunakan BlackBerry untuk urusan rasmi.

Tetapi bagaimana pula dengan penggunaan Facebook dan Twitter bukan sahaja di kalangan individu malahan sampai kepada jabatan-jabatan, agensi dan kementerian sendiri turut menggunakan perkhdimatan tersebut untuk berurusan. Sedangkan medium tersebut lagi terbuka dan tersebar luas ke serata dunia. Dan kita tahu sendiri siapa Mark Zukerberg itu sendiri.

Dan jika kita perhatikan siapa pengguna hebat-hebat peranti BlackBerry di negara ini. Dari pemantauan saya pula, ramai di kalangan Menteri, Timbalan Menteri, Usahawan, Tokoh-tokoh, Seleberiti dan sebagainya lebih meminati peranti BlackBerry berbanding yang lain. Kenapa dan apa sebabnya. Bukan nak menentang tapi sekadar nak kepastian mendalam tentang perihal yang hendak dilaksanakan tersebut.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

06 Julai 2011

IPad 2 Terlaris Di Pasaran

Sejak dunia digemparkan dengan kehadiran teknologi terbaru kini iaitu peranti Tablet, pihak Apple sememangnya telah mencipta nama dengan kelainan produk-produknya. Antaranya ialah iPHone dan yang terkini IPad 2. Kehadiran IPad 2 yang sebelum ini IPad sebagai model pertama tablet Apple telah menjadi satu fenomena dunia ketika ini. Semua orang boleh dikatakan bercerita tentang IPad 2.

Mengapa tidaknya sampaikan bila hendak pergi temankan rakan nak beli IPad awal-awal lagi terlihat notis "IPad 2 Sold Out". Kira macam pisang goreng jugalah ceritanya. Yang hairannya kenapa mesti IPad 2 juga yang dikehendaki, adakah faktor harga, spesifikasi yang canggih ataupun faktor jenama Apple itu sendiri.

Namum secara peribadi saya akui produk-produk Apple memang berkualiti tinggi, up to date, mempersona dan semestinya fungsi yang ditawarkan memang cool. Apakan daya saya kurang berminat dengan iPhone 4 sebabnya saya lebih mempercayai key pad BlackBerry yang banyak membantu saya menzahirkan fikiran, idea dan cerita ke ruangan Blog, Facebook, Twitter dan banyak lagi la. Namum tidak dinafikan saya memang peminat IPad 2 yang sememangnya cool, power dan ada brand la...

Berikut spesifikasi IPad dan Harganya

IPad 2 Wifi
16 GB- RM1499
32 GB- RM1799
64 GB- RM2099

IPad 2 Wifi + 3G
16 GB- RM1899
32 GB- RM2199
64 GB- RM2499


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Google Buat Penjenamaan Baru Untuk Blogger & Picasa

Berikutan pengenalan kepada Google+ pada minggu lepas, kini pihak Google membuat beberapa perubahan lagi dengan membuat penjenamaan(rebrand) semula terhadap dua produk terlaris mereka iaitu Blogger dan Picasa. Blogger akan diubah namanya kepada Google Blog manakala Picasa pula akan berubah nama kepada Google Photo. Rasanya disebalik rebrand blogger dan picasa ini pastinya pihak Google menawarkan kepada ciri-ciri fungsi yang lebih menarik.

Namum dari bahan info yang diberikan perubahan ini hanya akan berlaku dalam jangkamasa dua bulan dari sekarang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.