Premium WordPress Themes

18 Mei 2011

Nak Kaya Berniagalah

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera kalian. Apa khabar semua orang kaya, sederhana kaya dan yang tengah sibuk nak kaya semua. Orang berlari lebih pantas kadang-kadang ada juga buruknya namum sebaliknya pula. Dia akan dihormati, disanjung-sanjung dan diminati semua orang. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang lambat berlari, adakah enjin sudah agak lama hinggakan semput-semput, lenguh dan sebagainya. Adakalanya juga mereka amat rugi dan ketinggalan. Terpulanglah kepada kalian nak pilih yang mana satu, nak cepat, pantas atau lambat, atau longlai.

Mari kita bercerita tentang nak kaya. Ramai orang memang ada impian dan angan-angan nak jadi kaya. Tetapi jarang sekali nak merealisasikannya, malas, lemah, longlai, lembab, dan seribu natijah yang diberikan. Apakah ini ramuan nak menjadi kaya. Saya fikir bukan itu caranya, tetapi dengan membuang semua perkataan negatif tersebut, maka bolehlah mulakan dari sekarang.

Nak kaya berniagalah, itulah perkataan keramat yang membuatkan hati kita berkobar-kobar. Saya sendiri bila membaca dan menyebut-nyebut kata keramat tersebut, jadi lain rasanya. Seolah-olah ada satu arus mengalir ke tubuh dan menyatakan pada saya berniagalah kalau nak kaya. Tetapi adakah kita bersedia untuk menyahut cabaran nak berniaga. Jika ya jawabnya, maka mulakanlah dari sekarang sebagai langkah pertama.

Bukankah berniaga itu adalah 99 daripada sumber rezeki dalam kehidupan seharian kita. Semua ini kebanyakannya disedari oleh pendatang luar dari tempat kita. Kalau dahulu datang secara haram dan terpaksa sembunyi-sembunyi tetapi akhirnya berjaya dalam perniagaannya mereka. Ini terbukti tempat kita ni masih banyak lubuk emas belum diketahui umum. Kadang-kadang rasa marah dan tercabar juga bila melihat bangsa-bangsa pendatang ini begitu maju dalam perniagaan mereka. Tapi nak salahkan orang pula tak payahlah, salahkan diri sendirilah baru padan.

Nak kaya berniagalah, selagi mana anda makan gaji atau berkerja dengan orang lain, selagi itulah anda tak akan kaya-kaya. Hidup dengan makan gaji tak akan kemana, cukup bulan dapat gaji, belum pun habis bulan sudah habis. Derita dan letih juga dibuatnya. Tetapi bagaimana jika anda pula yang berniaga.
Orang kaya dan nak kaya berfikir bagaimana nak bagi kerja dengan orang lain. Orang yang tak akan kaya-kaya berfikir dengan siapa dia nak berkerja. Inilah bezanya mentaliti orang kaya dan tak kaya. Kemudian orang kaya sentiasa berfikir bagaimana nak gandakan wang RM10 kepada RM20 atau lebih, orang yang tak kaya-kaya berfikir bagaimana nak habiskan RM10 tadi. Nampak tak bezanya. Memang nampak dan mungkin berlaku dikalangan kita juga atau saudara kita. Jangan marah dan malu ni sekadar pembakar semangat kita untuk bangun dari tidur yang lena.

Bagi yang bertungkus lumus memerah otak dan tenaga untuk orang lain nampak memang bagus dan terjamin kerana anda tidak perlu bimbang sangat pasal untung, maju dan lingkupnya majikan anda. Semua itu majikan yang akan menanggungnya termasuklah untung besar. Kadang-kadang dan mungkin selalu berlaku kita menyampah, marah dan rasa tak puas hati kepada bos, yang tak adil, pilih kasih, kroni dalam organisasi dan tidak kurang juga mengularnya. Kita dah mati-mati buat kerja dengan baik tetapi staf lain pula yang malas, buat tak tahu, selalu ponteng, makan gaji buta dan sebagainya. Rupa-rupanya orang itu kroni bos yang pandai buat satay, cucuk dan tukang kipas pada bos. Maka selamatlah dia, tapi yang deritanya ialah kita yang memang kerja habis-habisan untuk bos dan organisasi tempat kita berkerja.

Tetapi bagaimana situasinya jika kita pula yang jadi bos, tauke atau majikan yang menjalankan aktiviti perniagaan. Sudah pasti kita akan berpuas hati dan terhindar dari gejala seperti yang disebutkan sebelum ini. Lagipun sumber pendapatan kita akan bertambah berganda-ganda dari sebelum ini. Justeru berniagalah jika nak jadi kaya...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

15 Mei 2011

Tips Memilih Seluar



Assalamulaikum dan Salam Hormat semua. Selamat berhujung minggu. Buatlah aktiviti yang bermanfaat dan menguntungkan, elakan membuang masa dengan hal-hal yang mensia-siakan. Alamak ampun maaf meleret pulak. Cerita kali ni bukanlah berkenaan dengan aktiviti atau sebagainya tetapi tips memilih seluar supaya penampilan anda kelihatan lebih segak, macho, tampan, anggun, cantik dan menawan.

Pemilihan stail seluar yang sesuai dengan bentuk tubuh badan anda sebenarnya adalah kunci untuk membuatkan anda kelihatan amat menarik. Namum begitu mari kita share apakah tipsnya.

1. Cuba cari dan pakai seluar tanpa kaf serta lisu hadapan. Dengan kaf dan lisu akan membuatkan kaki anda kelihatan pendek. Kemudian padankan dengan kasut bertumit serta seluar pinggang tinggi yang boleh menutupi kasut.

2. Bagi yang mempunyai paha bersaiz besar, pilihan seluar berkaki lebar atau kaki lurus paling sesuai untuk anda. Misalnya stail pada seluar palazzo yang longgar. Kalian juga boleh cuba seluar stail boot cut dan cubalah elakan memakai seluar jenis menirus kerana ini memperlihatkan paha anda besar.

3. Pada mereka yang mempunyai punggung yang besar pakailah seluar kaki besar tanpa kocek belakang yang boleh menarik perhatian.

4. Elakan juga memakai seluar tirus jika kalian mempunyai punggung besar dan cuba stail seluar baggy.

Segala tips yang diberikan hanyalah saranan dan pandangan semata-mata, bukanlah merupakan pilihan muktamad dan paksaan. Tetapi hanyalah ilmu yang hendak dikongsikan dengan kalian.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

10 Mei 2011

Petua Janggut Kemas

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Nak cerita sedikit petua supaya janggut kelihatan lebih kemas dan cantik. Petua ini khas untuk golongan lelaki yang berpenampilan berjanggut.

Janggut kelihatan mengancam apabila bulunya rapat dan dirapikan dengan cantik. Dengan membiarkan janggut menghurai ke bawah kelihatan kurang menarik. Kemaskan janggut anda dan perlihatkan bahagian leher supaya nampak lebih macho.

Bulu-bulu di garis luar janggut pada bahagian pipi selalunya dibiarkan tumbuh secara semulajadi melainkan anda berasa kurang mengancam. Cuba selalu usahakan agar janggut anda kelihatan kemas, teratur dan tidak bersepah ke kanan, kiri, atas dan tidak bergulung-gulung. Hal ini kerana jika hal sebegini berlaku orang lain yang melihat anda akan membuat penilaian yang berbagai-bagai. Antaranya anda mungkin dianggap kurang menarik, personaliti yang bersepah, pemalas dan kurang prihatin terhadap imej diri.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

09 Mei 2011

Rahsia Warna

Warna mempunyai banyak kegunaannya dalam kehidupan kita seharian. Dengan warna juga akan membolehkan kita melakukan pelbagai muslihat.

Pada sudut fesyen pakaian warna boleh membuatkan anda kelihatan lebih kurus, besar, dingin dan panas. Untuk kedinginan gunakanlah pakaian yang berwarna putih pasti ia akan memantul kembali cahaya. Manakala warna seperti merah dan jingga akan memberi impak panas dan hangat.

Manakala warna-warna seperti hitam akan menyerap lebih banyak cahaya dan ini membuatkan anda lebih hot. Dari aspek saiz pula warna merah dan kuning menarik perhatian dan ini membuatkan sesuatu objek itu kelihatan lebih dekat dan lebih besar. Dan warna seperti biru akan menenggelamkan dan membuatkan sesuatu objek itu kelihatan lebih jauh dan lebih kecil.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

07 Mei 2011

Cara Berpakaian Bagi Yang Berperut Buncit

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Ampun maaf tajuk entri kali ini bukan berniat untuk menyinggung mana-mana orang yang berperut buncit. Harap entri ini membawa makna bagi yang sewaktu dengannya. Baiklah apakah cara pakaian atau stail apakah yang dianggap stylo bagi mereka yang berpertu buncit. Fesyen sentiasa berubah-ubah dari hari ke hari dan zaman berzaman. Kalau zaman emak abah kita dahulu stail berpakaian ada kelainan dengan fesyen kita pada hari ini. Tetapi kali ini fokus ialah pakaian yang bersesuaian untuk mereka yang buncit.


1. Cuba pilih pakaian yang mempunyai corak yang tidak tertumpu pada bahagian perut yang buncit itu, sebaliknya hiasan seperti keruk leher akan menarik perhatian mereka yang melihat anda. Dengan hela ini sebenarnya anda akan dapat mengalihkan pandangan terus ke perut buncit anda.

2. Cuba pilih seluar yang berkaki kecil atau tirus. Elakan di bahagian hadapan seluar anda dari zip sisi. Stail kocek, lisu dan seluar ketat akan menarik perhatian pada bahagian tengah badan anda. Selain itu lengging dan stirrup pants adalah pilihan yang terbaik namum begitu janganlah terlalu ketat.

3. Cuba pilih skirt yang tidak mempunyai kedut di bahagian pinggang, sebaliknya cuba pakai skirt lurus kerana dengan stail ini siluet di bahagian bawah badan anda kelihatan kecil dan langsing.

4. Cuba pilih baju jenis sheath yang menampakan garis lurus dari bahu ke bawah. Pemilihan stail ini memberi gambaran badan lebih kecil dan lebih tinggi.

Selamat mencuba dan rasakan kelainan pada penampilan anda setelah mencuba tips ini...