Premium WordPress Themes

21 April 2011

Maksiat Ada Aku Kisah



Kebelakangan ini banyak perkara maksiat berlaku bukan lagi berlaku di belakang kita, tetapi secara terang-terangan terhidang depan mata kita. Rasa menyampah juga dibuatnya. Seolah-olah masyarakat dan negara ini tidak mempunyai kepercayaan agama, adat dan moral lagi kepada pelakunya.

Pandang kiri duduk berdua-duan, pandang kanan tengah buat projek maksiat, tengok depan tengah beramas mesra dan tengok belakang lagi dasyat. Kemudian nantikan kelahiran anak luar nikah kelak. Ada aku kisah semua ini, mungkin itu tanggapan para perlaku devian ini.

Nak tegur dikatanya kita penyibuk, dengki dan cemburu. Tak tegur sudah serupa seperti haiwan pelaku-pelakunya ini. Mana letaknya nilai diri, harga diri dan jati diri semua ini. Nafsu diutamakan akal dibelakangkan. Maka berluluasalah golongan ada aku kisah ini, menurutkan dan memuaskan nafsu dangkal ini.

Ilmu ada tapi tak diamalkan, adalah sia-sia, tapi bila sudah berilmu buat-buat tak tahu pula, lagi jelek. Jadi bagaimana dengan golongan ada aku kisah ini, rasanya mereka tahu apa itu maksiat tetapi malangnya, buat-buat tak tahu, kerana kononya trend terkini couple-couple ini ada stail. Entah bagaimana mereka berfikir sebegitu. Tunggulah bala Allah s.w.t kirimkan pada mereka ini, seperti disempitkan rezeki, selalu gelisah, dan semakin hilang seri diwajah.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

BlackBerry Messenger yang Popular


Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Apa cerita kawan-kawan dan sedara sedari di pagi ini. Kali ini nak cerita sikit mengapa BlackBerry Messenger atau lebih mesra dengan panggilan BBM di kalangan para penggunanya amat polular. Dari kajian yang telah dilakukan khususnya di Asia Tenggara memperlihatkan perkhidmatan BBM amat popular. Begitu juga halnya di Malaysia, para penggunanya amat meminati perkhdimatan ini.

Apakah yang menyebabkan perkhdimatan BBM ini sebegitu popular. Antaranya ialah

1. Kebolehan berkongsi apa yang sedang mereka dengar dan perdengarkan seperti lagu, gambar dan info.

2. Membolehkan penggunanya mengetahui sama ada sesuatu mesej itu sudah dihantar dan dibaca atau sebaliknya.

3. Bebas memilih gambar profile BBM

4. Boleh menghantar mesej tanpa ada sebarang batasan dan ruang terhad.

5. Pengguna boleh membuat kumpulan tersendiri pada BBM. Ciri ini amat menyeronokan kerana kebolehan pengguna dan ahli kumpulan berkongsi apa-apa sahaja yang mereka kehendaki.

6. Tiada sebarang caj tambahan yang dikenakan, melainkan caj data sahaja.

Dengan BBM ini juga membolehkan para penggunanya terpaksa melupakan perkhidmatan IM yang lain. Berdasarkan kepada pengalaman sendiri menggunakan BBM ini, ianya merupakan IM yang amat pantas, lebih teratur dan yang penting lebih bersifat personal. Lepas ini rakan-rakan bolehlah mengajukan soalan kepada rakan-rakan yang lain 'boleh tau apa no Pin BB awak?. Lepas tu bolehlah berBBM dengan seronok.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

20 April 2011

Makanan Untuk Meningkatkan Penampilan

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera sekalian. Berkata tentang penampilan diri pastinya semua orang akan faham, kalau faham sedikitpun jadilah, kalau langsung tak faham, buat-buat faham je la ya. Penampilan adalah sesuatu yang subjektif diperkatakan, ianya adalah mengikut kehendak seseorang itu dan bagaimana sesebuah masyarakat atau seseorang itu membuat kesimpulan tentang penampilan itu. Ada orang berpendapat seseorang gadis yang berpenampilan berseluar ketat dan berbaju sendat adalah lawa dan seksi, tetapi pada pandangan orang lain pula menyampah. Selain itu juga ada orang berpendapat orang yang mempunyai penampilan bentuk badan yang gempal itu menarik dan yang kurus kering itu kurang menarik. Jadi boleh dikatakan bahawa penampilan itu adalah tanggapan yang subjektif.



Mari kita borak-borak seketika apa dan bagaimana makanan itu boleh meningkatkan penampilan diri. 'Kulit' manusia adalah sesuatu yang sentiasa berubah, kulit akan berubah mengikut beberapa faktor seperti faktor usia, persekitaran dan makanan. Namum fokus kali ini ialah pada makanan. Bagaimana makanan itu mempengaruhi kulit.

Vitamin A
Vitamin A dianggap sebagai nutrisi yang paling baik bagi kesihatan kulit kerana dapat menambah kelembutan dan kesihatannya serta dapat mengurangkan kekeringan pada kulit dan pada kornea mata.

Wortel dianggap sebagai makanan yang paling banyak mengandungi vitamin A. Dengan memakan wortel sebiji dalam sehari akan dapat mencukupi keperluan tubuh pada vitamin A. Vitamin A banyak tersimpan pada minyak hati ikan, minyak aprikot, bayam dan sayur-sayuran daun.

Vitamin B6
Vitamin B6 banyak terkandung di dalam buah pisang dan biji-bijian yang tidak dibuang kulitnya, jamur, sayuran, daging ayam, telur, hati, kembiri, ragi(enzim) dan juga daun-daun hijau.

Akibat dari kurangnya vitamin B6 akan menyebabkan kulit berminyak, berjerawat, dan berbintik-bintik hitam pada wajah.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Bahasa Ibunda Lenyap Tak Lama Lagi

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera. Ian abar, nunu abal, unu baitah, nama berita dan macam-macam lagilah kata-kata sapaan yang berlainan bunyi namum punya makna yang sama iaitu 'apa kahbar'. Sejak kebelakangan ini jikalau kita perasan, pengaruh bahasa ibunda semakin terhakis di kalangan masyarakat kita. Hal ini kerana penggunaan bahasa ibunda semakin kurang dipraktikan dalam interaksi harian. Sama ada di rumah, sekolah mahupun di khalayak ramai.

Kebanyakan dari ibu bapa kini, meskipun kedua-dua pasangan tersebut mempunyai kemahiran bertutur dalam bahasa ibunda, namum mereka cenderung berkomunikasi dalam bahasa yang berlainan dari bahasa ibunda mereka. Ibu bapa anak-anak ini sebagai contoh berbangsa bajau, tetapi mereka lebih cenderung berinteraksi dalam bahasa Melayu atau Inggeris dengan anak-anak mereka. Sebabnya entah, mungkin para pembaca sekalian punya alasan tersendiri.

Nampaknya tidak lama lagi bahasa ibunda akan lesap ditelan zaman dan akan hanya menjadi kenangan sahaja kepada penutur asal bahasa tersebut. Senario ini nampaknya dilihat berlaku secara berterusan, apabila ibu bapa kini tidak lagi menuturkan bahasa ibunda mereka dalam interaksi seharian ,terutamanya ketika berinteraksi dengan anak-anak mereka. Mereka lebih gemar berinteraksi dengan menggunakan bahasa melayu atau inggeris. Akibatnya anak-anak mereka hanya tahu berinteraksi dalam bahasa melayu atau inggeris, tetapi hanya tersenyum apabila diajak berinteraksi dalam bahasa ibunda.

Bagi mereka yang berasal dari suku kaum Cina dan India misalnya, mereka patut berbangga sebenarnya. Hal ini kerana anak-anak mereka dapat menguasai bahasa ibunda mereka, di samping menguasai bahasa lain. Mengapa situasi ini boleh berlaku. Jawapannya mungkin begini, bahasa interaksi mereka di rumah ialah bahasa ibunda. Jadi tidak mustahil anak-anak mereka mahir dalam pemakaian bahasa ibunda.

Bila diajukan pertanyaan, apa bangsa awak? Ada yang menjawab ' saya berbangsa kadazandusun, bajau, rungus, iban dan sungai. Tetapi malangnya tidak boleh berinteraksi dalam bahasa ibunda sendiri. Hal ini memang nampak dangkal sedikit. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Adakah cara pendidikan ibu bapa di rumah atau sistem pendidikan negara kita yang terlalu mementingkan bahasa asing sehinggakan memusnahkan bahasa ibunda. Dijangkakan 10 hingga 15 tahun mendatang bahasa ibunda terutama sekali di Sabah dan Sarawak akan lenyap tinggal menjadi bahan sejarah sahaja.Justeru mari kita sama-sama fikir-fikirkan apa akan jadi pada bahasa ibunda di masa depan kelak. Adakah tetap bertahan ataupun terus lenyap.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

USB On-The-Go

USB On-The-Go merupakan teknologi baru yang sedang hangat digunakan masa kini. USB ini mempunyai ciri yang amat bagus berbanding USB Port sebelum ini. Dengan USB ini kita boleh melakukan pelbagai perkara yang menyeronokan ke peranti kegemaran kita, seperti smartphone. Antaranya kita boleh membaca kandungan pemacu flash, pemacu keras luaran, memori stick atau menyambungkan papan kekunci PC terus ke smartphone.



 
Selain itu dengan teknologi USB ini, membolehkan mengakses lagu, video atau dokumen yang tersimpan pada pamacu yang ada. Segala ciri-ciri yang ada ini sebenarnya lebih banyak mendatangkan kelebihan pada kita buat masa ini. Jadi cuba-cubalah produk baru yang berkuasa ini.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone